FOMO punca utama anak muda terjebak budaya buli, bimbang dipulaukan, tekanan rakan sebaya


  • Bonda
  • Sabtu, 06 Sep 2025

Budaya buli kini merebak sehingga ke dalam platform media sosial. — Gambar hiasan/Agensi

BULI tidak lagi terhad di kawasan sekolah.

Malah, ia sudah merebak ke seluruh pelusuk dunia termasuk bilik perbincangan di platform media sosial sekali gus mewujudkan persekitaran tidak selamat yang sukar dielakkan.

Peningkatan jumlah kes buli di luar dan dalam talian kini menjadi satu gelombang trend yang membimbangkan dan meningkat risiko kematian remaja di Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] Ambil masa 4 tahun ubah dekor rumah konsep ala animasi Ghibli, kumpul gajet 'vintage'

BACA LAGI: Ibu terharu anak alami disleksia sejak umur 7 tahun berjaya tamat diploma, bakal lanjut 'degree' jurusan seni reka grafik di UiTM

Sindrom FOMO membuatkan seseorang terjebak dalam budaya buli. — Gambar hiasan/Agensi

Berdasarkan hasil kajian penyelidikan Ijazah Sarjana pakar psikologi klinikal, Ummu Nazra Nadzam yang melibatkan lebih 800 remaja, buli siber dan Fear of Missing Out (FOMO) merupakan antara faktor penyumbang utama kepada peningkatan isu kesihatan mental dalam kalangan golongan muda.

FOMO merupakan rasa bimbang kerana menganggap diri ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding orang lain.

Sindrom tersebut secara tidak langsung boleh mendorong remaja terjebak dalam tabiat dalam talian yang tidak sihat apabila perbandingan, persaingan dan pencarian kelulusan mendominasi.

Menurutnya, sesetengah remaja yang takut dikecualikan secara sosial cenderung menyertai tingkah laku buli untuk mendapat penerimaan daripada kumpulan rakan sebaya mereka atau untuk mengelakkan diri mereka menjadi sasaran.

Kitaran peer preasure atau tekanan dalam kalangan rakan sebaya mampu memenuhi pengaruh dalam talian.

Perasaan ditolak atau dikecualikan juga boleh menambah kesunyian, pengasingan, takut mencari pertolongan kerana malu atau bimbang diserang serta boleh mencederakan diri sendiri atau lebih teruk menamatkan riwayat diri.

"Ini amat berbahaya apabila gangguan dalam talian sehingga terbawa-bawa di dalam mimpi mereka.

"Ia menghapuskan ruang yang dahulunya adalah ruang selamat dari sekolah.

"Menangani masalah buli memerlukan pendekatan yang diselaraskan," katanya.

Ummu pada masa sama menyarankan agar ibu bapa dapat memainkan peranan untuk menjadi contoh bagi mewujudkan suasana selamat.

Perbualan terbuka tentang tekanan rakan sebaya dan tingkah laku digital juga perlu didedahkan kepada anak-anak.

"Mereka juga boleh membantu anak mereka mendokumentasikan dan melaporkan insiden buli lebih awal.

"Sementara itu, sekolah boleh melaksanakan dasar anti-buli seluruh sekolah dengan definisi yang jelas dan laporan sulit.

"Pihak berkuasa sekolah juga boleh melibatkan ibu bapa supaya respons pihak keluarga dan sekolah terhadap kes buli adalah sejajar," jelasnya. — The Star/UMMU NAZRA NADZAM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram