'Umur 11 tahun terlalu naif', ramai ibu temankan anak keluar berjalan dengan kawan


  • Bonda
  • Jumaat, 05 Sep 2025

Rata-rata golongan ibu sanggup untuk menunggu dan menemani anaknya ketika keluar bersama rakan. — Gambar hiasan/AI

KESELAMATAN anak terutama usianya 12 tahun atau ke bawah semestinya menjadi keutamaan setiap ibu bapa.

Ia turut menjadi kebimbangan apabila anak seusia itu sudah mula meminta izin untuk meluangkan masa bersama rakan di luar.

Berdasarkan perkongsian di aplikasi Thread, rata-rata kaum ibu menyuarakan pandangan mereka tentang perkara tersebut.

BACA LAGI: Usahawan kosmetik ubah suai ruang tamu rumah kampung mak, rekaan moden cipta memori baharu bersama anak cucu

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan perasan jadi anak orang kaya', Aliff Syukri, isteri tazkirah anak supaya tak lupa diri walau berharta

Kanak-kanak sebelum usia remaja digalakkan untuk ditemani penjaga ketika keluar ke tempat awam. — Gambar hiasan/Agensi

Bagi pengguna akaun @gia_michxllx, permintaan anak tersebut boleh diberi keizinan tetapi bersyarat.

"Secara peribadi boleh, tetapi berteman dengan saya, suami, ibu bapa rakan atau adik-beradik yang lebih tua.

"Saya lebih percaya mereka datang minta izin daripada keluar secara sembunyi," katanya.

Saranan itu turut disokong oleh beberapa pengguna lain yang mempunyai pengalaman yang sama.

"Tidak jika keluar sendirian dengan kawan. Tetapi, boleh jika saya temankan.

"Anak lelaki saya pernah ke majlis hari jadi, ibu bapa dan datuk nenek kawannya juga ada.

"Untuk anak perempuan pula, ibu kawannya dan saya sama-sama ada. Kami biar mereka makan di meja lain dan masuk kedai sendiri, sementara kami tunggu di luar," kongsi @masrezamasod.

"Sama, tidak jika tanpa penjaga. Usia 11 tahun dianggap terlalu muda untuk diberi keizinan.

"Saya hanya akan izinkan selepas usia 15 tahun, ketika mereka lebih matang, pandai urus masa, tahu jaga batas dan boleh tangani situasi kecemasan.

"Umur 11 tahun terlalu kecil, naif, mudah teruja dan tidak peka dengan sekeliling," ulas @sheenarayy_. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram