Sibuk 24 jam dengan kerjaya, 5 teknologi 'life saver' bantu ibu bapa urus anak-anak


  • Bonda
  • Khamis, 21 Ogos 2025

Ibu bapa generasi kini mempunyai pelbagai pilihan teknologi canggih yang berupaya membantu urusan penjagaan keluarga dan tugasan rumah. — Gambar hiasan/Freepik

DALAM dunia moden yang serba canggih, ibu bapa generasi kini sering berdepan cabaran mengimbangi kerjaya, urusan rumah tangga dan masa bersama anak-anak. 

Dari menghantar ke sekolah, menghadiri kelas tambahan, mengurus aktiviti kokurikulum sehinggalah membeli barang dapur, semuanya boleh mengundang kecelaruan sekiranya tiada perancangan yang betul.

Namun, teknologi zaman kini muncul sebagai 'penyelamat' yang membantu keluarga lebih teratur, kekal terhubung sekali gus mengurangkan tekanan kehidupan seharian. 

BACA LAGI: Lagu 'Syurga Itu Mahal' curi hati pendengar Indonesia, nukilan khas Iman Wan, bapa Adamsautismefamily

BACA LAGI: Letak syarat 'tebuk' surah Al Baqarah, Dr Asyraf tunai janji beri telefon pintar baharu buat anak perempuan

Berikut merupakan lima penambahbaikan dan kemudahan boleh dimiliki ibu bapa menerusi pilihan teknologi canggih terkini.

 

1. Jawapan di hujung jari

Tidak lagi perlu risau bila anak tanya soalan sains atau matematik yang sukar, dengan pembantu pintar seperti Google Assistant, Siri dan Alexa, ibu bapa boleh dapat jawapan segera kurang daripada lima minit.

Selain itu, perkembangan kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT ataupun Gemini juga membantu menyelesaikan soalan rumit dan memberi idea kepada sebarang kebuntuan.

Tiga perisian teknologi iaitu Siri, Google Assistant dan Alexa membantu menyelasikan sebarang pertanyaan. — Gambar hiasan

 

Dalam konteks kesihatan, aplikasi seperti WebMD memberi panduan awal, manakala aplikasi masakan Yummly pula mampu mencadangkan pelbagai resipi berdasarkan bahan masakan dimiliki.

 

2. Beli-belah lebih mudah dan cepat

Satu ketika dahulu, setiap pembelian kelengkapan barangan rumah ataupun makanan perlu dibuat premis pasar raya namun, kini segalanya boleh dilakukan secara atas talian menerusi telefon pintar.

Di Malaysia dan Singapura, aplikasi GrabMart dan Foodpanda membantu mendapatkan barangan harian atau makanan ready-to-eat dalam masa singkat. 

Pembelian makanan secara atas talian menerusi GrabMart dan Foodpanda menjadi pilihan ramai. — Gambar hiasan

 

Bagi produk makanan segar seperti ikan dan ayam, RedMart menjadi pilihan manakala platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Amazon memudahkan pembelian kelengkapan sekolah atau peralatan rumah dengan harga berpatutan.

 

3. Pantau lokasi anak dengan mudah

Aplikasi perkongsian lokasi kini menjadi ciri penting untuk memastikan keselamatan anak-anak.

iSharing misalnya membolehkan ibu bapa memantau lokasi anak secara nyata, menerima notifikasi sebaik tiba di rumah serta menyemak sejarah perjalanan mereka sepanjang hari.

Aplikasi iSharing membantu ibu bapa memantau setiap pergerakan anak-anak. — Gambar hiasan

 

Lebih menarik, fungsi tambahan seperti laporan keselamatan pemanduan dan pengesan kemalangan turut tersedia. 

Paling popular di kalangan masyarakat, Google Maps dan Apple Find My iPhone juga menawarkan perkongsian lokasi bersama kenalan rapat.

 

4. Komuniti digital sebagai sokongan

Perkembangan teknologi turut memudahkan ibu bapa membina rangkaian sokongan seperti kumpulan WhatsApp yang menjadi saluran penting untuk komunikasi antara anak dan pihak sekolah.

Sementara itu, Facebook Groups pula membantu ibu bapa berhubung dalam sesebuah komuniti untuk bertukar pendapat dan aplikasi Nextdoor pula memberi akses terus kepada jiran tetangga bagi berkongsi maklumat keselamatan.

 

5. Ringankan rutin harian

Tekanan dan mental ibu bapa boleh dikurangkan dengan beberapa peranti pintar yang berupaya mengurus tugasan harian.

Aplikasi seperti Google Home atau Amazon Echo membolehkan kawalan lampu, peralatan rumah dan peringatan hanya dengan arahan suara.

Google Calendar antara aplikasi wajib digunakan dalam setiap peranti telefon pintar.  — Gambar hiasan

 

Aplikasi Todoist dan Google Calendar pula membantu menyusun jadual keluarga dengan lebih teratur dan tidak ketinggalan, robot pembersih seperti Roomba yang memastikan lantai sentiasa bersih.

Dengan pemilihan aplikasi dan peranti yang sesuai, ibu bapa boleh mengurangkan tekanan mengurus rutin seharian dan memberi lebih tumpuan untuk mencipta memori indah bersama keluarga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram