Duduki carta ke-93, Yahya antara nama bayi lelaki Islamik paling popular di UK


  • Maya
  • Rabu, 20 Ogos 2025

Nama Islamik antara yang menduduki cara tertinggi dalam data ONS bagi bayi di Englang dan Wales. — Gambar hiasan/Agensi

PEJABAT Statistik Kebangsaan (ONS) mendedahkan senarai nama paling popular bagi kanak-kanak dilahirkan di England dan Wales, United Kingdom (UK) sepanjang 2024.

Berdasarkan data dikeluarkan ONS, Yahya antara nama yang berjaya menduduki tangga 100 teratas buat pertama kalinya.

Manakala, nama Muhammad pula kekal mendahului senarai nama kanak-kanak lelaki untuk dua tahun berturut-turut sejak 2023 diikuti dengan Noah dan Oliver.

BACA LAGI: [VIDEO] Guru teruja tengok ibu bapa kreatif guna bahan kitar semula hasilkan pakaian merdeka anak

BACA LAGI: Bermodalkan RM100, suri rumah hasilkan 'doorgift' comel, ringkas tapi tetap eksklusif

Antara nama yang menduduki carta tertinggi dalam rekod ONS. — Agensi

Muhammad mengekalkan kedudukannya dengan seramai 5,721 bayi diberi nama itu.

Ia menduduki tempat pertama dalam lima daripada sembilan wilayah di England dan menduduki tempat ke-57 di Wales.

Ejaan lain nama tersebut seperti Mohammed turut berada di tempat ke-21 dengan 1,760 pemilik dan Mohammad di tempat ke-53 iaitu seramai 986 bayi.

Bagi kanak-kanak perempuan, nama Olivia dan Amelia memegang dua tempat teratas, manakala Isla jatuh dari tempat ketiga selepas digantikan dengan Lily.

Yahya turut menjadi nama paling meningkat pantas apabila melonjak 33 anak tangga untuk menduduki kedudukan ke-93, dengan 583 bayi lelaki dinamakan sedemikian.

Nama Yahya juga diambil sempena kisah Nabi Yahya di dalam al-Quran yang melambangkan kehidupan, kekuatan rohani dan pembaharuan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram