[VIDEO] Wanita dapat 'double' kejutan, Gunung Berapi Fuego meletus ketika dilamar kekasih, umpama rai detik romantik


  • Cinta
  • Selasa, 19 Ogos 2025

Seorang wanita dilamar kekasihnya di kawasan Gunung Berapi Acatenango, Guatemala. — Agensi

LAMARAN daripada kekasih sememangnya detik-detik berharga yang dinantikan bagi setiap pasangan.

Momen tersebut juga sering dikaitkan dengan suasana romantik, susunan lilin dan bunga yang rapi.

Begitu juga dengan pasangan kekasih di Guatemala yang memilih lokasi unik dan luar biasa untuk merakam detik indah mereka.

BACA LAGI: 'Wanita jangan normalisasi beli sarapan pakai baju tidur', 'sakit mata' tengok pijamas nipis, kurang sopan di tempat awam

BACA LAGI: [VIDEO] Simbolik di sebalik aksi berani gabenor sarung kostum ikan duyung sambil kibar bendera di dasar laut

Menerusi video tular di media sosial sejak Selasa, lamaran tersebut dilakukan di kawasan Gunung Berapi Acatenango, Guatemala.

Video dimuat naik wanita yang dilamar di akaun Instagramnya @missmorganalexa kemudiannya meraih perhatian ramai apabila kelihatan letusan volkano yang menghiasi latar belakang mereka.

Detik epik itu dirakam rakan mereka yang bertindak sebagai jurugambar, sekali gus menambah dramatik dan kejutan buat pasangan tersebut.

Tanpa mampu menyembunyikan rasa terharu, wanita berkenaan akhirnya menerima lamaran dengan jawapan 'ya'.

"Bagi sesiapa yang tidak tahu, saya telah dilamar oleh teman lelaki saya di Gunung Berapi Acatenango.

"Manakala, letusan volkano itu datang dari Gunung Berapi Fuego di belakangnya.

"Kami sangat bertuah kerana letusan itu adalah pertama kali kami lihat pada hari tersebut.

"Menurut kepercayaan warga Guatemala, Gunung Berapai Fuego berfungsi sebagai penghubung suci ke dunia rohani, dengan letusannya dilihat sebagai manifestasi kuat alam ghaib serta peluang untuk melakukan ritual atau persembahan," tulisnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram