
TIDAK berhias atau terlalu mempersiapkan diri pada waktu pagi hanya untuk membeli sarapan di luar sememangnya tidak menjadi kesalahan.
Ia bagaimanapun boleh menimbulkan fitnah atau persepsi negatif apabila segelintir individu khususnya kaum hawa berpakaian yang kurang sopan di khalayak ramai.
Tindakan wanita yang mengenakan pakaian tidur seperti pijama atau baju kelawar dianggap kurang sesuai terutama bagi wanita Muslim.
Pakaian tidur biasanya mempunyai tekstur nipis yang kurang sesuai digunakan untuk aktiviti luar. — Gambar hiasan
Topik tersebut turut menjadi perbincangan hangat dalam kalangan warga maya.
Rata-ratanya menyarankan agar kaum wanita lebih cakna dan tidak mengambil remeh tentang penampilan diri yang kemas dan tidak mencolok mata.
"Wanita-wanita Muslim tolonglah jangan normalisasikan pergi keluar beli sarapan dengan baju tidur, lagi-lagi yang bertudung.
"Muka tanpa solekan tak mengapa lagi, tak kisah muka basi pun. Tetapi tidak berpajama.
"Kalau biasa tengok bekas askar, polis, bomba yang dah selalu disiplin dengan pemakaian, kadang-kadang pergi dekat pun baju bergosok, kasut, kemas.
"Sikap disiplin dah terbiasa walaupun dah berusia," tulis pengguna akaun Threads @wulanwawa.
"Saya faham maksud awak, ia bukan tentang kemas atau tidak, tetapi lebih kepada tekstur kain baju tidur yang lembut dan mudah menampakkan bentuk badan.
"Memang kebanyakan baju tidur nipis untuk pastikan tidur dalam keadaan sejuk dan selesa.
"Tetapi, ia kurang sesuai dipakai untuk aktiviti luar," sokong @natashabintinordin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram