Keluarga mentua tak masuk campur urusan rumah tangga antara sebab ramai wanita Indonesia pilih suami 'mat saleh'


  • Cinta
  • Selasa, 12 Ogos 2025

Lelaki Barat antara menjadi pilihan ramai wanita di Indonesia untuk dijadikan sebagai suami. — Gambar hiasan

BERKAHWIN dengan pasangan berbeza bangsa dan budaya sememangnya bukanlah perkara baharu.

Selain Malaysia, wanita di Indonesia juga dikatakan semakin tertarik untuk mendapatkan calon suami warga Barat.

Berdasarkan hantaran dikongsikan seorang pempengaruh wanita Indonesia, Hasrina A Chappell, terdapat beberapa ciri istimewa yang membuatkan lelaki Barat menjadi pilihan.

BACA LAGI: 'Stroller' reka bentuk, inovasi pintar gaya Belanda, penuhi kelengkapan keluarga moden

BACA LAGI: Tak salah cari jodoh 'online', adab perlu jaga, jangan sampai jatuhkan maruah wanita — Ustazah Asmak

 

Hasrina yang juga mengahwini suami warga Barat turut berkongsi pengalamannya sepanjang melayari bahtera perkahwinannya.

Menurutnya, lelaki Barat lebih bersikap terbuka dan tidak memandang status seperti ibu tunggal atau janda sebagai satu kelemahan pada seseorang wanita.

Bukan itu sahaja, mereka juga cenderung menjalani rutin harian lebih santai dan tenang.

"Mereka tak akan menjadikan status masa lalu seperti janda, ibu tunggal sebagai masalah.

"Rata-rata mereka ada aset dan wang tetapi tak pernah sibuk tentang status pendidikan calon isteri.

"Keluarga mertua dan ipar pula setakat yang saya pernah tahu tidak pernah ikut campur urusan rumah tangga kita," tulisnya.

Hasrina pada masa sama memuji sifat berdikari lelaki Barat yang sudah dididik sejak kecil seperti menguruskan rumah.

Katanya, mereka juga tidak gemar mengongkong atau menghalang isteri dan anak-anak untuk berhibur.

"Mereka juga tidak gila dengan 'hormat'. Walaupun mereka yang cari wang, asalkan semua keperluan rumah dipenuhi, mereka tak terus jadi sombong," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram