
HANTARAN media sosial pelakon Mimi Lana baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berharap dikurniakan cahaya mata.
Isteri kepada pelakon Syafiq Kyle itu juga memohon doa orang ramai agar dianugerahkan anak kembar.
"Boleh tak nak mintak semua orang doakan saya dapat bayi kembar. Orang cakap kalau ramai ramai doakan senang termakbul," tulisnya menerusi akaun di Threads.
BACA LAGI: Bekas pramugara kini pemilik kedai Nasi Lemak Ayam Taliwang, jual cecah hampir RM15,000 sehari
BACA LAGI: Rico Rinaldi kini fokus jual koleksi beg tangan, enggan 'brand' hidup sekadar trend
Mimi Lana dan Syafqi Kyle sah bergelar suami isteri pada 14 Februari lalu. — Instagram/Mimi Lana
Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin pada masa sama menitip doa buat seluruh peminat yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan rumah tangganya.
Rata-rata warga maya dilihat tidak terlepas mengirimkan doa, malah ada juga yang menyampaikan saranan daripada pakar.
"Ada doktor yang saya jumpa saran makan keledek, hidangan tinggi protein dan tenusu.
"Doktor juga saran untuk kita pantau kitaran ovulasi untuk ovum keluarkan lebih daripada satu telur.
"Biasanya ia berlaku ketika pertengahan kitaran sekitar hari ke-14 dalam 28 hari kitaran bergantung pada hormon LH (Luteinizing).
"Tetapi, tiada jaminan sebab boleh didorong pelbagai faktor seperti genetik dan sebagainya," komen @damia_millatina.
Ada juga yang berkongsi pengalaman melahirkan anak kembar tanpa mempunyai keturunan kembar.
"Saya dapat kembar lelaki tanpa ada keturunan, banyak makan makanan sunnah buah delima dan minta doa ketika setiap biji yang dimakan," tambah @nadya.daud. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram