'Stroller' reka bentuk, inovasi pintar gaya Belanda, penuhi kelengkapan keluarga moden


  • Bonda
  • Selasa, 12 Ogos 2025

Koleksi kelengkapan bayi Nuna x BMW dengan inovasi dan reka bentuk yang mewah.

DUA jenama antarabangsa terkemuka, Nuna, peneraju global dalam inovasi kelengkapan bayi premium dan BMW, ikon dunia automotif melancarkan kerjasama eksklusif dalam menyediakan kelengkapan gaya hidup bertaraf dunia.

Terkenal dengan kepakarannya, Nuna dan BMW menyatukan dedikasi dan keupayaan menghasilkan produk unggul.

Berakar umbi dari Belanda, Nuna sudah menumpukan usahanya sejak 2007 dalam menghasilkan kelengkapan bayi yang pintar, praktikal dan berani.

BACA LAGI: Tak salah cari jodoh 'online', adab perlu jaga, jangan sampai jatuhkan maruah wanita — Ustazah Asmak

BACA LAGI: 'Ucapan terima kasih hilangkan penat', ibu muda dari Johor hasilkan sendiri bahan bacaan awal kanak-kanak demi pendidikan anak

Antara koleksi baharu hasil kerjasama Nuna dan BMW.

Diinspirasikan oleh garis reka bentuk dan kepintaran gaya Belanda, setiap koleksi Nuna direka agar mudah digunakan dan cukup fleksibel untuk memenuhi keperluan ibu bapa baharu.

Maka, terciptalah satu koleksi baharu dalam dunia rekaan berketepatan tinggi khusus buat keluarga yang mengutamakan kualiti dan rekaan bentuk terbaik dalam kehidupan harian.

Inovasi bertaraf tinggi

Kerjasama itu turut memberi fokus kepada peningkatan pengalaman pengguna melalui reka bentuk yang bijak dan teliti.

Setiap produk dalam koleksi tersebut mencerminkan komitmen kedua-dua jenama terhadap kecemerlangan dalam perincian, keselamatan, ketahanan serta estetika mewah yang sinonim dengan nama Nuna dan BMW.

Ketua Pegawai Pemasaran Nuna, Austin Hodges berkata, kerjasama itu merupakan padanan semula jadi yang didorong oleh minat terhadap kualiti premium dan reka bentuk inovatif.

Kerjasama dua jenama memenuhi kelengkapan keluarga moden.

"Kami amat teruja untuk menggabungkan kepakaran kami dalam menghasilkan produk-produk premium yang mampu memperkayakan kehidupan seharian para pelanggan yang mementingkan nilai, rekaan luar biasa dan kualiti tertinggi untuk diri dan keluarga mereka," katanya.

Manakala, bagi Pengarah Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia, Sashi Ambihaipahan, kelengkapan itu bukan sahaja berfungsi secara efisien, tetapi memberi impak positif terhadap kehidupan pelanggan serta anak-anak mereka daripada sudut bentuk dan fungsinya.

Kerjasama itu pada masa sama bukan sekadar satu kolaborasi, tetapi merupakan pertemuan pemikiran dan perkongsian visi terhadap kecemerlangan yang ingin ditawarkan oleh Nuna dan BMW kepada pelanggan mereka yang arif dan berpengalaman.

Menurut Ketua Pemasaran EMEA & APAC, Nuna, Marta Pina Fernandez, ia secara tidak langsung membolehkan mereka melangkaui sempadan konvensional dalam reka bentuk kelengkapan bayi.

"Kerjasama ini menetapkan penanda aras baharu dalam aspek kualiti serta gaya yang bukan sahaja menginspirasikan pengembaraan, tetapi turut mencipta kenangan bermakna buat seisi keluarga," katanya.

Koleksi Nuna x BMW kini menggabungkan reka bentuk eksklusif dengan ciri-ciri inovatif.

Ia merangkumi tiga model kereta sorong bayi seperti MIXX next, TRIV next dan TRVL lx yang masing-masing menampilkan elemen reka bentuk diinspirasikan oleh BMW.

Antara elemen dimasukkan corak roda, rim tayar, aplikasi dan corak logo BMW yang elegan dan sofistikated.

Reka bentuk premium dan mewah dimasukkan dalam elemen setiap koleksi Nuna x BMW.

Koleksi Nuna x BMW

1. Stroller MIXX next

Warna hitam karbon dramatik yang menampilkan aksen logo BMW premium, corak BMW Trinity pada fabrik dan rangka serta kemasan kulit mewah berwarna coklat.

2. Stroller TRIV next 

Warna besi kelabu cair yang dilengkapi aksen logo BMW premium, corak BMW Trinity pada fabrik dan rangka dan kemasan kulit mewah berwarna hitam.

3. Stroller TRVL lx

Warna rona coklat putih neutral lembut dengan aksen logo BMW premium, corak BMW pada fabrik dan rangka, serta kemasan kulit mewah berwarna coklat.

4. Beg keperluan harian

Warna elemen hitam karbon dramatik diserlahkan dengan lencana logam BMW pada flap luar serta pouch alat mandian yang boleh ditanggalkan.

Setiap produk direka dengan teliti untuk menyatu secara harmoni dalam gaya hidup keluarga moden, memberikan kemudahan harian dan detik kegembiraan yang berterusan.

Harga stroller dijual bermula pada RM 2,699 dan boleh didapati di peruncit terpilih, bilik pameran Nuna Malaysia di Subang Jaya, Selangor atau pengedar BMW yang sah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram