Rico Rinaldi kini fokus jual koleksi beg tangan, enggan 'brand' hidup sekadar trend


  • Gaya
  • Isnin, 11 Ogos 2025

Rangkaian beg tangan dihasilkan oleh Rico Rinaldi (kiri) kini boleh didapati di butiknya di Bandar Baru Bangi, Selangor.

BERKECIMPUNG lebih 15 tahun dalam dunia fesyen, Rico Rinaldi menjadi sebuah jenama bukan sahaja sinonim dengan rekaan busana elegan, malah turut memperluaskan rangkaian produk fesyen yang lain.

Selain busana, kasut dan tudung, Rico atau nama sebenarnya Rico Rinaldi Tono kini aktif mengukuhkan kedudukan dalam pasaran pelengkap gaya khususnya beg tangan.

Menurutnya, empayar yang dibina itu bukanlah dilakukan sekadar hobi.

BACA LAGI: Koleksi 'From Me to You' surat cinta Akmal Hakim, persembah 12 busana bertekstur 'laser-cut'

BACA LAGI: Barangan mewah dibuang pelajar universiti dalam tong sampah, cetus idea bisnes penulis sebelum jadi kaya-raya

"Sebagai pemilik bisnes merangkap pereka, sekarang saya fokus kukuhkan rangkaian beg tangan sampai jadi kategori yang tidak tergugat.

"Baju masih ada, tetapi fokus pada musim tertentu seperti raya atau majlis perkahwinan.

"Jenama ini bukan hobi, ia perniagaan. Saya pandang jauh dan tak mahu ia hidup sebagai trend," tulisnya menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.

Rico pada masa sama mahu terus mengekalkan dan mengembangkan jenamanya bukan sahaja sebagai strategi fesyen, tetapi perniagaan yang kukuh.

Katanya, penglibatan pertama dalam industri adalah selepas memenangi pertandingan rekaan beg sebelum menghasilkan busana.

"Sebenarnya pertandingan pertama saya sertai adalah pertandingan beg, bukan baju.

"Rupanya dari situ saya faham kenapa saya suka buat beg cantik-cantik," jelasnya.

Selari dengan matlamatnya, Rico dilihat aktif menjual koleksi beg tangannya menerusi siaran langsung di TikTok.

Bukan itu sahaja, Rico juga memiliki butik di Bandar Baru Bangi, Selangor dan Plaza Damas, Kuala Lumpur yang menawarkan koleksi rekaan beg tangan wanita dengan gabungan elemen estetika dan unik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram