Romantiknya...Ameera, kakak, Sharnaaz 'terbang' ke Jakarta, beri sokongan kekasih lawan tinju


  • Cinta
  • Ahad, 10 Ogos 2025

Ameera tetap setia di sisi Jefri meskipun tewas dalam perlawanan tinju di Jakarta, Indonesia pada Sabtu.

AKSI antara anak penyanyi dan komposer Indonesia, Ahmad Dhani, El Rumi dan pelakon, Jefri Nichol dalam perlawanan tinju Superstar Knockout Vol 3 pada Sabtu menjadi perbualan hangat warga maya.

Sebelum ini pertarungan kedua-dua selebriti itu juga bertujuan merebut gelaran Influencer Championship Boxing (ICB).

Pertarungan yang seharusnya berlangsung sebanyak lima pusingan terhenti apabila Jefri dilaporkan tewas pada minit pertama.

BACA LAGI: Anak Fazura pun kena tempias, kata-kata negatif pada si kecil, trauma bawa hingga dewasa, elak penderaan verbal

BACA LAGI: Barangan mewah dibuang pelajar universiti dalam tong sampah, cetus idea bisnes penulis sebelum jadi kaya-raya

Selepas menerima tumbukan bertubi-tubi, pengadil memutuskan untuk menghentikan perlawanan dan mengisytiharkan kemenangan milik El Rumi.

Bagaimanapun, selain persaingan sengit, paling menarik perhatian media dan warga maya apabila melihat teman wanita Jefri, Ameera Khan turut hadir memberi sokongan pada perlawanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Selain Ameera, kehadiran beberapa ahli keluarganya seperti Noor Nabila dan anaknya, Jebat Jayden termasuk pelakon, Sharnaaz Ahmad turut mencuri perhatian.

Nampaknya, sokongan Ameera dan ahli keluarganya sanggup 'terbang' dari Kuala Lumpur ke Jakarta cukup menunjukkan kasih sayang dan cintanya yang tulus terhadap Jefri.

Berdasarkan video temu bual bersama media antarabangsa, Ameera sempat memberi kata-kata semangat kepada Jefri sebelum perlawanan.

"Sedikit kata-kata untuk teman lelaki saya, Jefri Nichol. Semoga berjaya sayang, saya berdoa agar ALLAH beri awak kemenangan besar, kuat, adil dan dihormati semua orang," ucapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram