Tak mahu stres naik flight? 5 kesilapan berpakaian dan cadangan berfesyen ala 'jetsetter'


  • Gaya
  • Ahad, 10 Ogos 2025

Ameera Khan (kiri), Hanis Zalikha dan Mawar Rashid memilih pakaian serba longgar sebelum menaiki kapal terbang. - Instagram

NAIK kapal terbang sepatutnya untuk pergi bercuti sepatutnya mengujakan, bukannya membuatkan kita sengsara. Tetapi percaya atau tidak, pakaian yang anda pilih boleh jadi penentu sama ada penerbangan itu rasa macam mimpi indah atau mimpi ngeri.

Jom check cara pemakaian yang bagaimana patut anda jauhi to sebelum menaiki pesawat dan 'style hack' untuk kekal selesa without mengorbankan gaya.

BACA LAGI:Senarai 6 gaun catat rekod lelongan termahal, pernah menjadi miliki puteri raja, bintang filem

BACA LAGI:[VIDEO] Tengku Puteri Afzan berbusana 'Sulam Ayak Kerawang', Fiziwoo serlahkan keanggunan warisan diraja

1.⁠ ⁠Jeans ketat

Bayangkan duduk di kerusi sempit, pinggang seluar mencengkam dan anda masih ada enam jam lagi sebelum mendarat. Sungguh tak selesa!

Pilihan lebih praktikal adalah celana legging, jogger, palazo atau seluar kargo. Setiap satu memberi ruang untuk kaki bernafas tetapi tetap nampak stylish apabila sampai destinasi.

2.⁠ ⁠Kasut susah buka

Kalau di darat pun sudah leceh, dalam kapal terbang lagilah! Kasut but, sneakers ketat dan tumit tinggi memang menyusahkan, tambah pula kalau kena buka masa security check atau kecemasan.

Anda perlu menyarung kasut yang mudah pakai, contohnya jenis slip-on, loafers atau sandal bertutup depan. Mudah dipakai, mudah dibuka, kaki pun selesa sepanjang penerbangan.

3.⁠ ⁠Romper atau dungaree

Ya, ia comel dan nampak ‘Instagrammable’. Tetapi bayangkan anda kena beratur untuk ke tandas kapal terbang yang sempit. Membuka kesemua pakaian hanya untuk melepaskan hajat, memang menyusahkan.

Adalah lebih baik jika anda memakai set antara dua helaian, misalannya sweatshirt dan seluar jogger. Tetap kemas, bersahaja dan paling penting, tidak membuatkan anda berpeluh di ruang tandas.

4.⁠ ⁠Solekan tebal

Tahukah anda udara di kabin adalah kitar semula dan mengeringkan kulit? Apabila mengenakan solekan tebal, kulit akan rasa ‘terperangkap’ dan kelembapannya cepat hilang.

Simpan dalam beg krim pelembap, SPF dan lip balm. Apabila pesawat sudah mendarat, kulit anda kekal tampak segar dan berseri.

5.⁠ ⁠Barang kemas berlebihan

Aksesori besar bukan saja boleh buat mesin pengimbas berbunyi tetapi juga rasa berat bila dipakai lama.

Lebih bagus jika anda menaiki pesawat dengan aksesori ringkas. Simpan sahaja rantai dempak anda dalam beg dan pakailah apabila sudah mendarat di destinasi. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram