Hari Malaysia: Anwar umumkan 15 September cuti umum tambahan


  • Massa
  • Rabu, 23 Jul 2025

Anwar mengumumkan 15 September depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 15 September depan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini. 


Beliau berkata, cuti tambahan itu bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

BACA LAGI: Penstrukturan tarif elektrik: Sebanyak 85% rakyat nikmati penurunan bil

BACA LAGI: Kenaikan tol 10 lebuh raya tol ditangguh, kerajaan tanggung RM500 juta

"Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia. 

"Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara," katanya. 

Anwar berkata demikian ketika pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Rabu.  

Dalam satu hantaran sebelum ini, Anwar menggambarkan 'penghargaan luar biasa' itu sebagai tanda terima kasih kerajaan kepada rakyat Malaysia yang terus teguh menyokong perjalanan reformasi negara.

Beliau mula memberi bayangan tentang perkara itu pada 15 Julai lalu, yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat.

Penghargaan berkenaan diumumkan menjelang perhimpunan anjuran pembangkang di Kuala Lumpur pada 26 Julai, bagi menuntut Anwar meletakkan jawatan.

Ia juga mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk berkaitan harga petrol sehinggalah kemungkinan pelaksanaan dasar kerja empat hari seminggu.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram