
ISU buli di Malaysia kini dilihat semakin membimbangkan terutama melibatkan golongan kanak-kanak dan remaja di sekolah.
Lebih parah apabila budaya buli itu terus berleluasa sehingga muncul kes yang berakhir dengan kematian.
Sikap membuli bagaimanapun bukanlah sesuatu yang wujud secara semula jadi sejak lahir.
BACA LAGI: Sedih bila ambil gambar, ibu kongsi perjalanan anak alami 'flat head' pakai cranial helmet
Budaya buli bermula daripada didikan ibu bapa sejak anak kecil. — Gambar hiasan
Sebaliknya berpunca daripada cara didikan di rumah yang secara tidak sedar membiarkan tingkah laku negatif berlarutan sehingga dewasa.
Mengulas lanjut, bagi pengguna akaun Threads @lilybookattic_, ramai ibu bapa mengambil mudah atau menormalisasikan kelakuan buruk anak sejak.
"Budak-budak yang kaki buli di sekolah itu tidak lahir terus jadi begitu.
"Itu hasil masterpiece didikan daripada ibu bapa yang bila anak dia tolak budak lain di taman permainan, rampas mainan budak lain, jerit macam tarzan dan biadab.
"Tambah pula ibu bapa dengan bersahaja cakap 'budak-budak sahaja pun'. Mereka normalisasikan kelakuan ini sejak umur tiga tahun," tulisnya.
Situasi itu bukan sahaja melibatkan ibu bapa, malah turut disokong oleh segelintir warganet yang cenderung memandang ringan isu mendisiplin kanak-kanak.
Katanya, ayat seperti 'saya kenal anak saya, dia tidak begitu' dilihat menutup ruang untuk memperbetulkan sikap anak.
"Kita sebagai ibu bapa jangan pertahankan diri sendiri. Anak kita bukan malaikat, mungkin di depan kita dia tidak buat, tetapi di belakang kita tidak tahu.
"Pergilah siasat anak dahulu. Tanya cikgu-cikgu di sekolah atau rakan sekelas bagaimana perangai anak.
"Sebab, kadang-kadang kalau dah terlampau sayangkan anak, perkara tidak normal pun di mata kau jadi normal," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram