Tidak mahu sia-siakan 22 tahun perkahwinan, Edika Yusof kini mahu fokus jaga isteri, urus bisnes


  • Cinta
  • Rabu, 06 Ogos 2025

Edika Yusof dan isteri kini berusaha untuk melayari bahtera perkahwinan sehingga akhir hayat.

SELEPAS lebih dua dekad melayari bahtera perkahwinan, pelakon Edika Yusof mengakui bahawa kini lebih fokus untuk menjaga isteri tercinta, Nor Hidayah Yusri.

Keputusan untuk rujuk semula setelah bercerai pada 5 Mei lalu itu juga katanya tidak mahu disia-siakan lagi.

"Kita dah berkahwin 22 tahun, jadi kita tak mahu sia-siakan apa yang dah dibina.

"Bila ada masalah atau salah faham, kita duduk berbincang dan perbaiki sama-sama.

"Itu tandanya kita dah matang," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Memasak 'love language' Eyka Farhana, resepi mudah jamu suami, keluarga

BACA LAGI: Suami poligami, isteri bijak pasang peguam rancang strategi kewangan, jual aset bersama

Untitled design - 5

Edika dan Nor Hidayah ketika menghadiri acara KLFW 2025 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Edika pada masa sama berharap agar dapat terus bersama menjalani rumah tangga bersama isterinya hingga ke akhir hayat.

Tambahnya, dengan anak-anak yang kini sudah melanjutkan pelajaran, tumpuannya kini lebih kepada menjaga keharmonian rumah tangga dan menguruskan perniagaan yang diusahakan bersama.

Sementara itu, Nor Hidayah turut berkongsi bahawa usaha untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga menjadi fokus utama mereka berdua.

"Perasaan saya sekarang memang pentingkan komitmen dalam rumah tangga kami.

"Selain itu, kami masing-masing sibukkan diri dengan urusan bisnes," katanya.

Edika menjalankan perniagaan dalam bidang rekaan grafik dan percetakan sejak lebih 20 tahun lalu.

Untuk rekod, Edika dan Hidayah sah bergelar suami isteri pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram