
MENCATAT tarikh haid bukan lagi perkara yang seharusnya dianggap remeh terutama bagi wanita sudah berkahwin mahu pun remaja.
Amalan tersebut juga semestinya perlu dinormalisasikan dalam setiap keluarga sebagai pendedahan awal kepada anak perempuan.
Bagi ibu bapa mempunyai anak perempuan yang sedang meningkat remaja, ia merupakan masa paling sesuai untuk mendidik mereka tentang kepentingan merekod tarikh kitaran haid mereka.
BACA LAGI: [VIDEO] Memasak 'love language' Eyka Farhana, resepi mudah jamu suami, keluarga
BACA LAGI: Tidak mahu sia-siakan 22 tahun perkahwinan, Edika Yusof kini mahu fokus jaga isteri, urus bisnes
Aplikasi yang kini boleh digunakan bagi memudahkan wanita termasuk golongan remaja merekod kitaran haid mereka.
Dengan pelbagai aplikasi pemantauan kitaran haid yang mudah didapati kini, mereka boleh menggunakan teknologi tersebut sebagai alat bantuan untuk memahami proses tubuh bekerja.
Aplikasi berkenaan turut membantu para wanita untuk lebih berwaspada dengan perubahan tubuh.
Menurut seorang warga maya dengan akaun Threads @mumof3adh, ia secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa memantau perubahan emosi atau ketidakselesaan anak sepanjang haid.
"Pantau tarikh haid anak gadis, boleh tahu sindrom prahaid (PMS) seperti perubahan mood, payudara lembut, selera makan berlebihan, keletihan, kerengsaan atau kemurungan.
"Bukan hanya nak tahu hamil atau tidak, sekurang-kurangnya senang nak tangani kalau sakit tak mahu ke sekolah, adakah dia alami senggugut atau mengelat.
"Bila haid tak teratur atau kerap perut tak selesa boleh buat pemeriksaan sebagai jalan selamat daripada bimbang dan menyesal.
"Saya buat semua itu pada anak perempuan berumur 17 tahun," kongsinya.
Mencatat kitaran haid juga bukanlah tanda ibu bapa bersangka buruk terhadap anak-anak perempuan mereka.
Sebaliknya, ia adalah usaha pencegahan dan pemantauan kesihatan secara proaktif serta langkah untuk lebih memahami tubuh sejak awal usia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram