[VIDEO] Memasak 'love language' Eyka Farhana, resepi mudah jamu suami, keluarga


  • Cinta
  • Rabu, 06 Ogos 2025

Penampilan Eyka Farhana yang tetap menawan walaupun sibuk memasak di dapur.

HAMPIR empat bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Eyka Farhana semakin mahir dan matang dalam menggalas tanggungjawabnya sebagai isteri.

Isteri kepada kepada pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid itu juga kerap berkongsi rutin hariannya terutama aktiviti di dapur.

Beberapa videonya sedang memasak di media sosial secara tidak langsung memaparkan sisi berbeza Eyka.

BACA LAGI: Suami poligami, isteri bijak pasang peguam rancang strategi kewangan, jual aset bersama

BACA LAGI: Aktiviti menggunting asah koordinasi mata, latih kawalan diri kanak-kanak, perlu pemantauan ibu bapa

 

 

Bukan sahaja melunaskan tanggungjawab, memasak juga dilihat menjadi antara bahasa cinta atau 'love langguage' Eyka terhadap suami dan ahli keluarganya.

Menerusi video dimuat naiknya baru-baru ini, Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmiz itu tidak menolak permintaan adik-beradiknya untuk memasak hidangan istimewa.

"Adik-adik nak spageti bolognese dan kakak buatkan," tulisnya.

Dalam video berasingan, Eyka turut dilihat berkongsi resepi mudah tetapi masih lazat untuk dinikmati seperti chicken chop, ayam masak kicap dan banyak lagi.

Rata-rata warga maya menyifatkan Eyka bukan sahaja berbakat dalam lakonan, malah memiliki sifat penyayang dan tidak lupa tanggungjawab kepada keluarga meskipun sibuk dengan kerjaya seni. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram