
SIAPA sangka, dahulunya pernah berjanji setia bersama sehingga hari tua hanya tingga sebagai kenangan.
Itulah luahan seorang wanita yang terpaksa berpisah setelah hampir sedekad mendirikan rumah tangga gara-gara orang ketiga.
Berdasarkan hantaran dikongsikan di media sosial baru-baru ini, kisah wanita yang hanya dikenali sebagai Dr Mira mendapat perhatian ramai apabila berani mengambil tindakan undang-undang terhadap suaminya.
BACA LAGI: Aktiviti menggunting asah koordinasi mata, latih kawalan diri kanak-kanak, perlu pemantauan ibu bapa
Kisahnya juga bermula apabila suaminya secara tiba-tiba memutuskan untuk berpoligami atau berkahwin dengan wanita lain.
"Pada tahun ketiga perkahwinan, suami pernah curang sekali lalu kahwin dengan seorang model suam-suam kuku tetapi tidak bertahan lama.
"Selang beberapa tahun, muncul kembali musim kahwin di Siam. Tetapi, yang buat aku marah, kali ni keadaan betul-betul dah berubah bila perempuan itu tak mahu berkongsi.
"Dia khianat aku, dia khianat pernikahan kami, jadi aku pun boleh bagi dia faham bagaimana rasa dikhianati," katanya.
Wanita tersebut kemudiannya bertindak menggunakan perkhidmatan peguam sebagai jalan terakhir untuk menyelesaikan konflik tersebut.
Harta bersama dan peribadi dijual atas alasan suami culas membayar nafkah. — Gambar hiasan
Dia juga mengambil keputusan untuk menjual rumah yang dibeli atas nama bersama.
Meskipun suaminya enggan bersetuju, proses itu tetap diteruskan apabila pihak guamannya memohon perintah penjualan di mahkamah atas alasan nafkah tidak diberikan hampir setahun.
"Memandangkan rumah ni adalah milik bersama. Aku ada bahagian 50 peratus.
"Rumah yang asalnya kami janji yang nanti nak duduk sampai mati, tak menjadi kenyataan.
"Alasan aku sebab suami tak bayar nafkah 10 bulan. Rumah ini patut sama-sama bayar, tetapi jadi aku pulak yang bayar seorang.
"Dengan bantuan peguam, aku berjaya jual rumah itu walaupun suami aku tak rela," luahnya.
Bukan sekadar itu, dia juga mengambil langkah menjual segala barangan peribadi milik suaminya yang bernilai ribuan ringgit.
Ia termasuk joran memancing berjenama, aksesori kereta, jam tangan dan koleksi karya animasi.
"Duit hasil jualan rumah aku suruh peguam simpan dalam akaun firma dia.
"Aku mohon perintah injunksi dari mahkamah untuk menghalang duit itu dari diusik walaupun satu sen sehinggalah semua tuntutan mahkamah aku ke atas dia selesai.
"Aku jual rumah semasa kami masih suami isteri, selepas suami aku kahwin lagi, benda pertama aku buat adalah perjanjian poligami," kongsinya.
Menurutnya, perjanjian tersebut turut menuntut hak penjagaan anak, manakala hibah rumah suaminya diberikan kepadanya.
"Aku dapat hak penjagaan anak, dapat jual rumah. Selesai dua perkara, baru aku minta cerai," tulisnya.
Dia bagaimanapun bersyukur apabila suaminya menunjukkan perubahan sikap yang positif terutama dalam menjaga kebajikan anak-anak selepas berpisah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram