Aktiviti menggunting asah koordinasi mata, latih kawalan diri kanak-kanak, perlu pemantauan ibu bapa


  • Bonda
  • Ahad, 27 Jul 2025

Kemahiran menggunting membantu dalam perkembangan awal kanak-kanak. — Gambar hiasan/Threads

AKTIVITI menggunting ternyata memberi banyak kelebihan terutama dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

Meskipun ia menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kecederaan, ibu bapa tetap disarankan agar memberi peluang kepada anak untuk mencubanya di bawah pemantauan selamat.

Berdasarkan perkongsian pengguna akaun Threads @maysyazwani, aktiviti itu bukan sekadar menyeronokkan, tetapi turut merangsang kemahiran penting termasuk koordinasi tangan dan mata.

BACA LAGI: Ini rahsianya, suami isteri kongsi tip 'enjoy' kembara keliling dunia tanpa abai kerja, komitmen bulanan

BACA LAGI: Pernah tinggal RM50 dalam dompet, bekas pramugari kini pemilik kafe Torte by Linda, saji hidangan Eropah Timur

Gunakan gunting khas untuk kanak-kanak yang tidak terlalu tajam. — Gambar hiasan

"Sebenarnya, apabila digunakan dengan betul, gunting boleh bantu anak kuatkan otot jari dan tangan, bagus untuk dia menulis.

"Ia juga dapat asah koordinasi mata, tangan, latih fokus dan kawalan diri.

"Kanak-kanak sekali gus mampu kembangkan kreativiti mereka," tulisnya.

Bagaimanapun, ibu bapa digalakkan untuk sentiasa memberikan pememantauan penuh kepada anak ketika melakukan aktiviti tersebut.

"Gunakan gunting khas untuk kanak-kanak yang mempunyai hujung tumpul, diperbuat daripada plastik atau logam lembut.

"Pastikan ajar anak cara pegang dan guna gunting dengan betul.

"Sediakan aktiviti selamat seperti menggunting kertas warna, majalah lama dan bentuk mudah)," jelasnya.

Aktiviti itu pada masa sama boleh dijadikan masa berkualiti antara ibu bapa dan anak, sekali gus menguatkan hubungan kekeluargaan dalam suasana yang santai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram