Ini rahsianya, suami isteri kongsi tip 'enjoy' kembara keliling dunia tanpa abai kerja, komitmen bulanan


  • Cinta
  • Jumaat, 25 Jul 2025

Pasangan pengembara yang mengamalkan gaya hidup sederhana demi sebuah impian. — Facebook/Ahmad Isa

HIDUP mengembara dan merantau ke negara orang pastinya nampak seperti mimpi indah tanpa perlu memikirkan soal kerja.

Namun, bagi pasangan pengembara, Ahmad Mohd. Isa dan isterinya Noradilah Mohd. Sapie, tanggapan itu ternyata jauh tersasar.

Hakikatnya, mereka juga tetap mencari rezeki dengan bekerja untuk bertahan hidup.

BACA LAGI: Pernah tinggal RM50 dalam dompet, bekas pramugari kini pemilik kafe Torte by Linda, saji hidangan Eropah Timur

BACA LAGI: Pasang niat tunai haji cetus 'big why' isteri tentera, jual agar-agar santan kreatif dari rumah

Ahmad dan isteri merentas pelosok dunia dengan berbasikal. — Facebook/Ahmad Isa

Menurut Ahmad, kunci kepada kehidupan sedemikian memerlukan pengorbanan terutama dari aspek gaya hidup dan kewangan.

"Kami kecilkan kerja supaya kebanyakan masa boleh seronok kembara.

"80 peratus kembara, 20 atau 10 peratus kerja. Gaya hidup kami pula tidak banyak pakai duit.

"Tidur khemah, sesekali hotel. Kayuh basikal, sesekali kenderaan awam. Masak sendiri, sesekali restoran.

"Namun, kami ada rumah di Malaysia, tetap kena bayar bil elektrik, air dan internet (masih dalam kontrak)," tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad pada masa sama mendedahkan rahsia utama membolehkan mereka bertahan sehingga kini.

"Dalam kembara, tetap juga perlu pakai duit, sebab itu tak boleh tak bekerja. 

"Rahsia terbesar ada kebebasan? Simpanan dan bebas hutang.

"10 tahun kami menyimpan dan langsaikan semua hutang. Sekurangnya kalau tiada gaji bulanan, masih ada simpanan.

"Kalau simpanan dah habis, masih ada kerja, begitulah," jelasnya.

Pasangan suami isteri yang pernah tular itu juga pernah mengembara dengan basikal ke Eropah ke Tanah Suci Makkah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah pada 2017. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram