'Ini bukan content, ini penghinaan', Mekyun selar tindakan remaja beri sisa tulang ayam kepada gelandangan


  • Maya
  • Selasa, 05 Ogos 2025

Mekyun tegas menyatakan teguran terhadap tindakan remaja yang didakwa menghina gelandangan baru-baru ini.

'INI bukan content, ini penghinaan'. Demikian tegas personaliti dan pempengaruh Mekyun susulan tindakan tidak bermoral dipamerkan sekumpulan remaja yang dikatakan menghina seorang gelandangan baru-baru ini.

Didakwa sengaja memberikan makanan sisa tulang ayam berserta nasi kepada seorang gelandangan, perbuatan itu dilakukan bertujuan kononnya bagi mengelakkan pembaziran.

Terkesan dengan hal itu, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yu Nee gagal menahan kemarahan dan menggesa agar budaya sedemikan tidak dinormalisasikan dalam kalangan pempengaruh dan pencipta kandungan luar sana.

BACA LAGI: Keputusan masuk prasekolah 2026 boleh disemak mulai 5 Ogos, berikut cara buat rayuan jika tidak lulus

BACA LAGI: Pengorbanan ibu rahsia kejayaan, Johan Ghazali hadiahkan jam Rolex dari hasil ganjaran kemenangan

Menyifatkan video sedemikian sebagai satu bentuk penghinaan dan memalukan, ia sekali gus memberi gambaran tahap pemikiran akal seseorang dan individu.

"Mekyun paling pantang bila ada orang hina orang susah, apa sebenarnya motif video ni? Nak viral? Nak orang gelak??

"Nak viral pun, jangan sampai tunjuk betapa ceteknya akal kita, kalau betul nak jadi content creator, jadilah yang ada nilai.

"Yang ada common sense, ada rasa hormat jangan buat content langsung tak masuk akal macam ni, ini bukan content, ini penghinaan," ujarnya.

Ekoran kecaman demi kecaman diterima, salah seorang daripada pemuda tersebut telah memuat naik video penjelasan mengatakan kejadian itu dilakukan dengan persetujuan gelandangan tersebut.

"Semua orang sangka kami bagi tulang ayam kepadanya, kami tanya dia boleh tak berlakon sama-sama untuk rakam video.

"Kami telah bagi dia makanan sempurna, saya mohon maaf kepada semua, maaf," katanya usai memberikan set makanan ayam goreng berserta nasi kepada gelandangan berkenaan.

Pun begitu, perkara itu dianggap sebagai alasan bagi menutup kesalahan dilakukan dan rata-rata warga maya menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap pelaku.

Tidak hanya berperanan sebagai selebriti media sosial, Mekyun juga tampil sebagai suara tegas menentang ketidakadilan dan budaya toksik dalam komuniti digital.

Tindakannya memberi peringatan kepada semua pencipta kandungan agar lebih bertanggungjawab, beretika dan tidak mengorbankan maruah orang lain demi tontonan dan like semata-mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram