[VIDEO] Asyraf Wajdi, isteri terima kejutan istimewa, 6 anak dendang 'You Are The Reason' disaksikan Tengku Ampuan Pahang


  • Bonda
  • Sabtu, 02 Ogos 2025

Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan pasangannya menerima kejutan istimewa daripada enam cahaya matanya baru-baru ini.

"AMPUN Tuanku! Patik bersama adik-adik ingin mempersembahkan lagu khas buat ummi tersayang".

Demikian ucapan disampaikan oleh anak-anak Dr Irwani Abdullah sempena majlis syarahan profesor dan pelancaran bukunya baru-baru ini.

Membuat kejutan istimewa dengan mempersembahkan lagu khas berjudul You Are The Reason buat bonda tercinta, momen manis itu turut disaksikan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan merasmikan majlis penuh gemilang tersebut.

BACA LAGI: Yana Najib lahir cahaya mata ke-4, nama Aryana Myra-Rose Daniyar jadi pilihan

BACA LAGI: Raja Permaisuri Agong lancar blog 'Lessons from Life', wadah perkongsian pendapat buat rakyat jelata

Tidak menjangkakan kejutan istimewa tersebut, bapanya, Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki menitip ucapan penuh emosi dan bangga atas usaha ditampilkan keenam-enam cahaya matanya itu.

Dr Asyraf dan isteri dikurniakan enam cahaya mata.

 

"Kejutan sungguh anak-anak buat Umminya apabila Ammar, Affaf, Affan dan lain-lain termasuk Azzah, Azzam dan Atiyyah buat persembahan mengejut yang tiada dalam aturcara khas buat Ummi kesayangannya.

"Tak sangka mereka pandai juga menyanyi, tak pernah pula mereka menyanyi depan Abi mereka selalunya mengaji atau bernasyid.

"Balik saya tanya Ammar dan Affaf, 'oh tak beritahu Abi ya terima kasih buat kejutan teristimewa untuk Ummi yang banyak berkorban bukan sahaja untuk you all tapi menyumbang kepada ummah," katanya di laman Facebook.

Beliau dalam masa sama turut berkongsi keterujaannya apabila detik bermakna itu turut disaksikan Tengku Ampuan Pahang yang tidak terkecuali meraikan majlis istimewa tersebut.

Terkenal dengan sifat peramah dan mesra bersama rakyat, baginda secara spontan dilihat turut menyanyikan lagu berkenaan dan bersama-sama meraikan hari bersejarah itu.

"Lebih istimewa melihat Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang turut menyanyi bersama tatkala anak-anak mendendangkan lagu dengan lirik yang menjentik perasaan," tambahnya.

Sekadar info, pasangan tersebut cukup dikenali sebagai tokoh dalam dunia akademik dan kepimpinan Islam di Malaysia. 

Dikurniakan enam cahaya mata, kesemua anak-anaknya dibesarkan dengan penekanan kepada ilmu, akhlak, disiplin dan kesedaran terhadap tanggungjawab kepada agama serta masyarakat.

Penglibatan anak-anaknya dalam program ilmu dan dakwah amat digalakkan oleh Dr Asyraf dan isterinya selain turut memupuk amalan menghafaz Al Quran sejak usia muda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram