
SETIAP pemilik rumah pasti teruja untuk menghias dan mengubah suai kediaman baharu mengikut cita rasa sendiri.
Namun, tidak semua perkara yang dibeli atau dipasang semasa renovasi akan memberi kepuasan jangka panjang.
Malah, ada yang akhirnya rasa menyesal kerana kurang praktikal atau membazir dari segi kos dan ruang.
BACA LAGI: Sewa atau beli rumah? Panduan kewangan untuk pasangan muda
BACA LAGI: Guna teknologi bantu perkembangan kanak-kanak, TOY8 ubah lanskap pendidikan awal
Seorang pengguna Threads bernama @whoismissluna berkongsi rasa bosan dan meminta pendapat daripada mereka yang pernah berhabis puluhan ribu ringgit untuk ubah suai rumah.
Khususnya mengenai perkara yang mereka anggap 'paling membazir atau tak perlu' selepas berpindah masuk.
Rata-rata pengguna tampil berkongsi pengalaman sebenar, yang bukan saja jujur tapi juga penuh pengajaran buat bakal pemilik rumah baharu.
1. Dishwasher (mesin basuh pinggan)
Ramai yang memasang dishwasher dengan harapan dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Namun bagi Nor Nabilah Nor Ezan, mesin tersebut hanya jadi perhiasan dapur.
Selepas lima bulan berpindah, langsung tidak digunakan kerana kerja membasuh pinggan masih dilakukan secara manual.
Ini mungkin disebabkan jumlah pinggan mangkuk yang sedikit, atau rasa lebih mudah cuci tangan terus selepas makan.
2. Sinki dapur
Sinki yang lama reka bentuknya boleh menjejaskan pengalaman memasak.
Menurut @ayuedayu2631, ramai orang buat silap dengan memilih sinki biasa atau model lama semata-mata untuk jimat kos.
Tapi sinki adalah antara komponen paling kerap digunakan dalam dapur untuk basuh sayur, cuci pinggan, lap tangan dan semuanya di situ.
Sinki moden bukan sahaja lebih tahan karat, malah reka bentuknya lebih dalam, mudah bersihkan, dan estetik.
3. SPC flooring di dapur
@anastasha.asri berkongsi pengalaman buruk dengan pemasangan lantai SPC (Stone Plastic Composite) di dapur.
Dalam masa dua tahun sahaja, lantai sudah terkopak disebabkan masalah leaking dan permukaan lantai yang tak rata.
Lantai jenis itu lebih sesuai untuk ruang kering seperti bilik tidur, bukan dapur yang terdedah kepada air, wap dan pergerakan berat.
Ramai yang memasang dishwasher dengan harapan dapat menjimatkan masa dan tenaga.
4. Ketuhar built-in
@nrln.nh mengakui memasang built-in oven kononnya untuk sesi ‘baking’, tapi akhirnya hanya digunakan sesekali.
Ketuhar besar itu memerlukan masa lama untuk panas dan menyebabkan dapur terasa panas melampau.
Kini, dia lebih selesa guna air fryer yang lebih kecil, cepat, dan jimat tenaga.
5. Suis lampu tak berasingan
@syazni_eim berkongsi kekesalan apabila satu suis menghidupkan empat lampu serentak.
Ia bukan sahaja menyebabkan pembaziran tenaga elektrik, malah tak sesuai jika hanya mahu pencahayaan di satu bahagian bilik sahaja.
Ini biasanya berlaku apabila pemilik tak berbincang terperinci dengan kontraktor elektrik semasa renovasi.
6. Mesin basuh dan pengering di dapur
@arinahasya.meyefdi mengakui stres setiap kali mengangkat baju bersih dari mesin basuh dan dryer di dapur.
Ini kerana ada saja yang jatuh ke lantai basah.
Walaupun penempatan itu menjimatkan ruang, ia tidak praktikal jika dapur sering digunakan untuk memasak.
Lantai dapur boleh berminyak, basah dan kurang bersih untuk urusan pakaian.
7. Jubin dan grout warna putih
Menurut @ciknatishere, pemilihan jubin putih dan grout cerah untuk dapur basah memang nampak bersih dan elegan, tapi hanya untuk beberapa minggu pertama.
Selepas itu, kesan minyak, rempah dan wap mudah terperangkap dan menjadikan permukaan cepat kusam.
Grout putih juga mudah bertukar warna jika tidak dijaga rapi.
Ketuhar besar memerlukan masa lama untuk panas.
Daripada pengalaman itu, jelas bahawa bukan semua ciri moden atau mahal semestinya sesuai untuk setiap rumah.
Faktor praktikal, rutin harian, penyelenggaraan dan gaya hidup perlu diambil kira sebelum membuat keputusan renovasi.
Tip penting? Tanyalah diri, "Saya benar-benar akan guna benda ini setiap minggu atau hanya dua kali setahun?" — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram