Gaya seni bina klasik tepi pantai, apa itu rumah Shingle?


  • Hias
  • Sabtu, 02 Ogos 2025

Rumah gaya Shingle menyerlah dengan lapisan kayu semula jadi dan beranda luas yang menghadap pemandangan pesisir.

BERKAIT rapat dengan Pantai Timur Amerika, gaya seni bina 'Shingle' atau rumah bersalut kayu mula mendapat tempat sekitar hujung abad ke-19.

Walaupun kini boleh dijumpai di seluruh negara, gaya itu paling ketara di wilayah timur laut Amerika Syarikat.

Kawasan di mana rumah-rumah dengan lapisan kayu cedar menghiasi landskap pesisir pantai yang indah.

BACA LAGI: Mahu sentiasa dalam 'mood' bercuti? Ikuti tip transformasi bilik seperti hotel

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu masih hilang disembunyi bapa, akaun KWSP licin sejak 2016

Rumah gaya Shingle antara gaya seni bina paling unik dan mudah dikenali di Amerika, banyak dipengaruhi oleh gaya Queen Anne.

Dibina agar menyatu dengan alam sekitar, rumah gaya itu kelihatan serasi dengan pemandangan laut dan alam semula jadi sekelilingnya.

Menurut Randy Correll, rakan kongsi di Robert A.M. Stern Architects, "Seni bina gaya Shingle berkembang daripada pengaruh Queen Anne, Colonial Revival dan Arts and Crafts pada akhir abad ke-19.

"Lapisan luarnya daripada kayu cedar mencerminkan bentuk dalaman rumah, dari segi struktur, reka bentuknya lebih bergantung pada keseimbangan elemen berbanding simetri."

Rumah gaya Shingle antara gaya seni bina paling unik dan mudah dikenali di Amerika, banyak dipengaruhi oleh gaya Queen Anne.

Apa itu seni bina gaya Shingle?

Stephen Chrisman, rakan kongsi di firma Ferguson & Shamamian Architects menjelaskan, "Gaya Shingle biasanya merujuk kepada seni bina domestik Amerika pada suku terakhir abad ke-19 yang terdiri daripada rumah rangka kayu dengan lapisan kayu semula jadi di dinding dan bumbung."

Katanya lagi, gaya itu mula muncul sekitar tahun 1870-an hasil gabungan pengaruh 'Arts and Crafts dari England', gaya Queen Anne, serta minat yang diperbaharui terhadap seni bina kolonial Amerika selepas Ekspo 100 Tahun di Philadelphia pada 1876.

Dari segi pelan lantai, rumah gaya Shingle selalunya ringkas namun tersusun, dengan struktur kayu menyatukan keseluruhan bentuk rumah.

Kadangkala rumah itu dibina di atas asas batu, dengan cerobong bata atau batu besar, serta ruang dalaman yang menampilkan perapian yang besar, biasanya terletak di sudut khas.

Menurut Randy, banyak rumah Shingle dibina mengelilingi sebuah ruang tengah yang dipanggil The Hall.

"Ruang Hall ini menjadi nadi rumah, ia boleh jadi ruang masuk utama atau ruang tamu atau gabungan kedua-duanya.

"Tangga utama selalunya menjadi elemen arca yang mencuri perhatian dan semua ruang utama rumah bersambung secara organik dengan Hall ini."

Dari luar pula, rumah gaya Shingle biasanya mempunyai beranda berbumbung atau dipanggil piazza.

Ia akan mengelilingi ruang utama, tingkap besar dan pintu Perancis menghadap ke beranda serta pemandangan sekeliling.

Reka bentuk dalaman

Randy turut menyatakan bahawa dalaman rumah gaya itu seharusnya bersifat eklektik.

"Sesetengah rumah asalnya berpengaruh dari seni bina Jepun, tetapi kebanyakannya dipengaruhi oleh gaya Georgian atau Arts and Crafts. Perabot harus mencerminkan sejarah dan perjalanan pemiliknya."

Dari segi warna, ia boleh jadi lembut dan monokromatik atau berani dan pelbagai.

Panel kayu yang diukir dengan halus sesuai digunakan di ruang Hall dan perpustakaan.

Lantai kayu, sama ada papan panjang atau gaya 'parquet', boleh digandingkan dengan permaidani seperti permaidani Parsi, sisal atau yang lebih moden.

Kertas dinding bercorak dan fabrik 'chintz' lazimnya menghiasi bilik tidur.

Seni bina kontemporari masih banyak meminjam elemen daripada gaya tradisional seperti Shingle.

Tiga contoh rumah gaya Shingle

1. Rumah keluarga moden di East Hampton

Seni bina kontemporari masih banyak meminjam elemen daripada gaya tradisional seperti Shingle.

Sebuah rumah baharu di East Hampton merupakan contoh reka bentuk yang menyatu dengan sejarah setempat.

"Kami mulakan dengan mengkaji rumah-rumah tradisional di kawasan ini dan mahu seluruh hartanah mencerminkan suasana ladang dan kebun lama. Rumah ini dibina agar kelihatan seperti telah wujud sejak beberapa generasi," jelas Stephen.

Reka bentuk rumah itu turut mengambil kira aspek praktikal moden.

Bersama pereka dalaman Michael S. Smith, mereka mencipta naratif rumah yang berkembang secara berperingkat dengan sayap tambahan, loggia dan beranda tertutup yang memanfaatkan pemandangan laut.

2. Rumah kolonial diperluas dengan gaya Shingle

Sebuah lagi rumah di East Hampton merupakan gabungan rumah kolonial asal dengan gaya Shingle baharu.

Menurut Randy, klien menyukai kesederhanaan reka bentuk kolonial, jadi mereka memilih untuk mengekalkannya dan membina ruang tambahan gaya Shingle.

"Kami mengelilingi rumah asal dengan beranda, melapisi fasad dengan kayu cedar dan membuka pelan rumah agar lebih luas. Ruang tengah dikekalkan tetapi dibuka ke tingkat atas dan taman."

3. Rumah gaya Shingle tahun 1905 di Cape Cod

Sandra Cavallo, pengasas laman Old Silver Shed, membeli rumah gaya Shingle tahun 1905 di Cape Cod dan menjalankan kerja pemulihan menyeluruh.

"Rumah ini terletak tinggi di tebing, menghadap Old Silver Beach dan paya masin Herring River. Kami tertarik dengan lapisan kayu kelabu pudar, bumbung cross-gambrel, dormer bumbung, serta beranda besar yang sebahagiannya tertanam ke dalam struktur rumah," kata Sandra.

Proses pemulihan mengekalkan elemen seni bina asal sambil memasukkan prinsip lestari moden.

"Kami mahukan rumah yang selesa tetapi terbuka, dengan pelan lantai yang mudah dan pengudaraan semula jadi. Susunan tingkap juga dirancang agar dapat memaksimumkan pemandangan Buzzard’s Bay."

Rumah gaya Shingle tahun 1905 di Cape Cod.

Gaya Shingle merupakan salah satu gaya seni bina klasik Amerika yang paling ikonik, terutama di kawasan New England dan Long Island.

Dengan lapisan kayu, tiang hiasan dan beranda melingkari rumah, gaya itu bukan sahaja mencuri perhatian ia juga mencerminkan rasa sejarah, kehangatan dan kekitaan.

Jika anda peminat gaya klasik lain, rumah gaya Federal juga menawarkan nilai sejarah dan estetika yang tidak kurang hebatnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram