Mahu sentiasa dalam 'mood' bercuti? Ikuti tip transformasi bilik seperti hotel


  • Hias
  • Khamis, 31 Jul 2025

Suasana ruang tamu yang tenang dan mewah hasil ilham dekorasi gaya hotel di rumah sendiri.

ADA satu rasa istimewa yang datang setiap kali melangkah masuk ke bilik hotel, suasananya tenang, kemas, berbau harum dan sentiasa nampak terjaga.

Walaupun hanya bermalam sehari dua, ketenangan itu terasa menyeluruh, seolah-olah beban hidup ditinggalkan di luar pintu.

Bukan kerana tempat mahal atau lokasi mewah, tetapi di setiap sudut ruang dirancang untuk memberi keselesaan maksimum dan visual menenangkan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Itu buku ilmu, bukan sampah!', ramai kecam tindakan Arrora Salwa herdik, campak buku sekolah anak tiri

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu diambil secara tiba-tiba dari rumah jagaan selepas diserbu polis, keluarga bimbang, dakwa diabai dan diasing sejak 2015

Orang ramai mungkin bertanya, "Macam mana nak buat rumah sendiri rasa macam hotel, tapi bajet tak besar?"

Jawapannya mudah, rasa mewah itu bukan terletak pada harga, tetapi susun atur, pilihan bahan, warna, pencahayaan dan bau menggamit suasana.

Sebenarnya, tidak perlu ubah seluruh rumah untuk mencipta suasana seperti hotel.

Sedikit perubahan kecil, jika dibuat dengan teliti dan berniat, mampu memberi impak besar.

Anda boleh tiru elemen itu dengan menggunakan cadar putih berkualiti, walaupun dari pasar raya tempatan.

1. Mulakan dengan katil

Di bilik hotel, katil selalu menjadi tumpuan perhatian.

Tilam tinggi, cadar bersih serba putih, bantal gebu tersusun kemas semuanya memberi isyarat 'rehatlah di sini'.

Anda boleh tiru elemen itu dengan menggunakan cadar putih berkualiti, walaupun dari pasar raya tempatan.

Lapikkan dengan selimut lembut atau ‘throw blanket’ di kaki katil untuk efek lapisan yang tampak mahal.

Elakkan lampu siling putih terang yang membuat ruang nampak terlalu keras.

2. Pencahayaan bukan sekadar cerah

Lampu hotel selalunya tidak terlalu terang, tetapi cukup untuk memberi cahaya lembut yang menenangkan mata.

Gunakan lampu meja sisi katil atau lampu lantai dengan mentol kuning suam.

Elakkan lampu siling putih terang yang membuat ruang nampak terlalu keras.

Jika mahu lebih efek dramatik, gunakan lampu dinding kecil atau strip LED tersembunyi di belakang cermin atau kepala katil.

Setiap sudut hotel ada tempat untuk disimpan.

3. Susun dan simpan

Cuba perhatikan bilik hotel, jarang ada barang bertaburan.

Ini kerana setiap sudut ada tempat untuk disimpan.

Ia bukan semata-mata soal kemas, tetapi memberi ruang minda untuk berehat.

Simpan barang harian seperti pengecas, losyen, atau dokumen dalam laci tertutup.

Gunakan dulang kecil atau 'tray' hiasan untuk letak kunci, minyak wangi atau aksesori agar nampak teratur dan disengajakan.

Jangan terlalu banyak warna kerana hotel berkesan disebabkan ia konsisten dan bersih.

4. Gabungkan warna neutral untuk kesan tenang

Ruang hotel selalunya menggunakan warna-warna asas seperti putih, kelabu, beige dan coklat muda.

Warna itu mencipta suasana tenang dan lapang.

Jika mahu tambah elemen menarik, selitkan satu warna aksen seperti emas lembut, hijau olive atau biru kelasi melalui kusyen, karya seni atau kerusi kecil.

Jangan terlalu banyak warna kerana hotel berkesan disebabkan ia konsisten dan bersih.

Tekstur memberi rasa 'hidup' kepada ruang.

5. Tekstur penting

Gaya mewah boleh dicapai dengan tekstur yang betul.

Contohnya, fabrik velvet atau linen pada kusyen, karpet bulu pendek di kaki katil atau tirai tebal jatuh sempurna.

Tekstur memberi rasa 'hidup' kepada ruang.

Tidak perlu beli semuanya baharu, banyak hiasan lama boleh dikitar semula dengan lapisan kain atau sedikit sentuhan.

Pilih aroma lembut seperti white tea, sandalwood atau lavender untuk ruang tidur.

6. Aroma mempesonakan

Hotel lima bintang selalunya ada satu ciri rahsia iaitu bau yang konsisten dan mewah.

Anda boleh cipta pengalaman sama dengan lilin wangi, penyembur bilik atau diffuser.

Pilih aroma lembut seperti white tea, sandalwood atau lavender untuk ruang tidur, manakala ruang tamu pula sesuai dengan bau citrus atau eucalyptus yang segar.

King-size bed with gray square headboard, large rustic wooden mirror and textured wall in trendy minimalist apartment

Letak cermin berhadapan dengan tingkap atau lampu agar pantulan cahaya meningkatkan suasana.

7. Cermin dan ilusi ruang

Cermin besar di dinding bukan hanya untuk bergaya, ia juga mencipta ilusi ruang yang lebih luas dan terang.

Letak cermin berhadapan dengan tingkap atau lampu agar pantulan cahaya meningkatkan suasana.

Pilih bingkai nipis berwarna hitam, emas atau kayu asli supaya kekal moden dan ringkas.

Tambah satu dua karya seni bersaiz sederhana di dinding.

8. Sentuhan terakhir

Akhir sekali, untuk menyempurnakan suasana ala hotel, tambah satu dua karya seni bersaiz sederhana di dinding.

Ia boleh jadi lukisan minimalis, cetakan abstrak, atau foto hitam putih dalam bingkai kayu.

Letakkan juga satu pokok hiasan sama ada pokok sebenar seperti pokok ular (snake plant) atau pokok palsu berkualiti tinggi agar ruang tidak terasa mati.

Rumah tidak perlu mahal untuk rasa mewah.

Dengan susun atur kemas, pemilihan warna yang bijak dan tumpuan kepada pencahayaan serta bau, anda mampu membawa suasana hotel ke dalam kediaman sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram