
WAJAH menua selepas disahkan hamil, seorang wanita dikenali sebagai @ayyitslala tampil berkongsi keadaan terkini selepas sebulan melahirkan anaknya.
Memuat naik gambar perbandingan sebelum dan selepas kelahiran, wajahnya nyata semakin pulih dan hampir kembali seperti asal selepas difahamkan menjalani beberapa rawatan kulit muka.
Menafikan ia berpunca akibat penyakit Ain dan kesan penyalahgunaan barangan kosmetik, wanita itu menyatakan perubahan wajahnya adalah akibat masalah hormon dihadapi ramai golongan wanita hamil.
BACA LAGI: Saiz rahim membesar seperti hamil, wanita hidap fibroid kongsi simptom awal perlu diperiksa
Kulit mukanya yang dahulunya kemerah-merahan dan menggelupas kini semakin licin dan kelihatan sihat seperti keadaan asal.
"Seminggu lepas bersalin dan 21 hari kemudian, kulit saya semakin baik, hari ke-27 saya buat rawatan fotona rosacea laser, dia kurangkan kesan merah dan parut muka.
"Klinik juga ada bagi saya ubat antibiotik dan krim sapu untuk kurangkan infeksi pada kulit muka, cuma sekarang Khaseh (anak) masih jaundis jadi say abelum boleh makan ubat," katanya menerusi hantaran di laman X.
Since today dah masuk 1 month dah selamat melahirkan. I promise to share my healing journey.
2nd day Vs 1 month https://t.co/zaNqZtaQuv pic.twitter.com/arc5YPHT4t
— FLS (@ayyitslala) July 30, 2025
Masih menjalani rawatan tersebut, @ayyitslala berharap agar ibu-ibu di luar sana tidak risau dan khuatir sekiranya berdepan perkara sama.
Jelasnya, ia merupakan faktor perubahan hormon dan akan kembali pulih selepas beberapa minggu kelahiran bayi dengan rawatan serta pemilihan produk muka turut memainkan peranan dalam proses itu.
Terdahulu, wanita terbabit berkongsi kisah pahit dialami apabila wajahnya berubah 100 peratus dan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat ramai.
Perkongsian wajah @ayyitslala di awal detik perkahwinannya satu ketika dahulu.
Akui dirinya dipandang hina oleh segelintir individu termasuk kenalan rapatnya, dia bagaimanapun kekal tabah melalui proses sukar itu demi penantian cahaya mata sulungnya bersama suami tercinta.
Berharap agar perkongsiannya dijadikan iktibar dan teladan ramai, kisahnya kembali tular sejak Rabu dan rata-ratanya amat mengagumi kecekalan serta pengorbanannya sepanjang kehamilan.
Tidak hanya tertumpu kepada topik perubahan fizikal dan wajah semata-mata, perkongsian tersebut wajar menjadi peringatan bahawa setiap ibu berhak merasa cantik, sihat dan yakin semula selepas bersalin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram