[VIDEO] 'Welcome to my beautiful brother', riuh stadium wajah Messi, isteri di skrin 'kiss cam' konsert Coldplay


  • Hiburan
  • Isnin, 28 Jul 2025

Lionel Messi dan isterinya, Antonela ketika hadir pada konsert Coldplay di Miami, AS baru-baru ini. — Agensi

KONSERT kumpulan rock popular Amerika Syarikat (AS), Coldplay sekali lagi menjadi bualan hangat apabila merakamkan momen mesra pemain bola sepak ternama, Lionel Messi dan isterinya baru-baru ini.

Terlihat tenang menikmati nyanyian vokalisnya Chris Martin, situasi bertukar gamit apabila wajah kedua-dua pasangan romantis itu dipaparkan di skrin gergasi pentas persembahan tersebut.

"Welcome to my beautiful brother.

"You and your wife are looking so fine thanks for coming today to see our band play. The No.1 sportsperson of all time," ucapnya kepada legenda bola sepak Argentina itu.

Hadir bersama pada konsert berkenaan, isterinya Antonela juga menjadi sebahagian daripada momen romantik itu sambil disaksikan ribuan penonton di situ.

Dalam pada itu, Messi difahamkan hadir ke konsert tersebut selepas perlawanan antara Inter Miami menentang FC Cincinnati yang berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan pada Ahad.

Namun, Messi tidak beraksi pada pertembungan epik tersebut ekoran hukuman digantung perlawanan oleh Major League Soccer (MLS), susulan ketidakhadirannya dalam aksi All-Stars baru-baru ini.

Isu itu mencetuskan pelbagai reaksi memandangkan Messi hanya diketepikan akibat kepenatan dan jadual perlawanan yang padat.

Bahkan hukuman itu disifatkan tindakan kejam oleh pemilik bersama Inter Miami, Jorge Mas manakala jurulatihnya, Javier Mascherano turut mempertahankan pemain berusia 38 tahun itu.

"Untuk jual tiket, tiada siapa merungut tapi bila Messi tak main, terus dihukum," kata Mascherano menerusi kenyataan.

Terdahulu, seorang pegawai kanan sumber manusia di syarikat teknologi Astronomer dilaporkan meletakkan jawatan selepas kantoi berpelukan mesra dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikatnya pada konsert Coldplay di  Massachusetts, AS baru-baru ini.

Kedua-duanya dirakam sedang berpelukan di tempat duduk penonton dan momen itu kemudiannya tular di media sosial sehingga meraih lebih 45 juta tontonan. 

Isu berkenaan menjadi lebih hangat apabila lelaki tersebut, Byron dilaporkan sudahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram