Zlatan anak lelaki Rodtang


  • Bonda
  • Ahad, 27 Jul 2025

Rodtang dan isteri selamat menimang cahaya mata lelaki pada Ahad.

JUARA Muay Thai ONE Championship, Rodtang Jitmuangnon pada Ahad secara rasminya bergelar bapa selepas isterinya yang juga bekas juara tinju wanita, Aida Looksaikongdin, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Gembira dengan kelahiran itu, pasangan atlet ternama Thailand tersebut turut mengumumkan nama putera sulung mereka sebagai Zlatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi lamaran di Zoo Negara, lelaki kejutkan kekasih, burung kakak tua hantar nota istimewa

BACA LAGI: Suri rumah didiagnosis autisme, mudah 'burnout', terlalu jujur, antara 7 simptom ramai terlepas pandang

Perkhabaran gembira itu dikongsi sendiri oleh Rodtang menerusi hantaran Instagram dengan kapsyen:

"Welcome to the world, Zlatan, you are so loved already," ciapnya.

 

 

Pemilihan nama itu bukan trend semata-mata, malah menurut Rodtang, ia melambangkan kekuatan dan keberanian sebagai sifat yang sinonim dengan identitinya sebagai pejuang Muay Thai.

"I grew up watching Zlatan play strong, proud, unshaken. That’s how I want my son to live," kongsinya dalam satu hantaran Instagram sebelum ini.

Dibanjiri ucapan tahniah di ruangan komen, atlet muay thai sensasi negara, Johan Ghazali dan Alif Raqeb turut tidak ketinggalan menitip kata-kata positif sempena momen manis tersebut.

Sekadar info, Rodtang pada 2023 mengumumkan pertunangannya dengan Aida Looksaikongdin, atlet tinju wanita terkenal Thailand dan berkahwin pada tahun berikutnya.

Merupakan ikon sukan tempur itu di pentas antarabangsa, Rodtang mencetuskan sensasi apabila menandatangani kontrak bersama ONE Championship, liga seni tempur terbesar Asia sebelum berjaya merampas gelaran ONE Flyweight Muay Thai World Champion pada 2019.

Sehingga kini, dia berjaya mengekalkan kejuaraan tersebut selama beberapa tahun dengan beberapa siri pertarungan legenda, termasuk menentang Jonathan Haggerty, Danial Williams dan Superlek Kiatmoo9. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram