
ANAK kepada pengasas bersama syarikat Apple, mendiang Steve Jobs meraih perhatian ramai selepas mengumumkan bakal berkahwin dengan atlet Olimpik dari Britain, United Kingdom (UK), Harry Charles.
Eve Jobs, 27, turut dilaporkan sedang melakukan persiapan majlis perkahwinannya yang bernilai lebih RM28 juta (AS$6.7 juta) di England, UK.
Majlis itu dijangka berlangsung meriah dan mewah serta dihadiri tetamu elit termasuk nama-nama besar dalam dunia fesyen.
BACA LAGI: Ramai ibu bapa tak tahu risiko cium, kongsi sudu makan dengan anak waktu sakit gigi
BACA LAGI: Pasang niat tunai haji cetus 'big why' isteri tentera, jual agar-agar santan kreatif dari rumah
Eve Jobs memulakan kerjayanya sebagai model. — Agensi
Sebelum ini, hubungan Eve dan Harry, 26, mula tersebar luas di media sosial sejak pasangan tersebut muncul ketika Sukan Olimpik Paris 2024.
Siapa Eve Jobs?
Dilahirkan pada 9 Julai 1998 di Palo Alto, California, Amerika Syarikat (AS), Eve merupakan anak bongsu perempuan daripada tiga beradik dalam keluarganya.
Dua abangnya, Reed, 33, dan Erin, 29, juga memainkan peranan penting dalam majlis perkahwinan itu nanti.
Meskipun dikenali sebagai pewaris kepada tokoh paling berpengaruh dalam dunia teknologi, Eve berjaya membina namanya sendiri dalam bidang peragaan fesyen dan sukan berkuda.
Dianggarkan memiliki kekayaan antara RM2 juta (AS$500,000) hingga RM4 juta (AS$1 juta) hasil usahanya sebagai model dan penyertaannya dalam kejohanan ekuestrian, Eve tetap berdikari untuk meneruskan hidup.
Minat dan kemahiran Eve mula berkembang dalam dunia sukan berkuda. — Agensi
Eve juga mendapat pendidikan awal di Upper Echelon Academy, Wellington, Florida, AS yang merupakan pusat latihan elit untuk penunggang kuda.
Eve kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Stanford dan berjaya menamatkannya pada 2021 sambil terus aktif dalam kejohanan berkuda.
Kerjayanya dalam dunia peragaan bermula secara rasmi selepas membuat kemunculan sulung di pentas Coperni, sebuah jenama terkenal di Paris pada tahun yang sama.
Sejak itu, Eve banyak bekerjasama dengan pelbagai jenama terkemuka seperti Louis Vuitton serta menjadi muka hadapan Vogue Japan sekali gus memperkukuh reputasinya sebagai wajah baharu dalam dunia fesyen mewah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram