Kerjaya glamor di awan biru, ibu dedah realiti anak kerja pramugari, jauh dari keluarga dalam usia muda


  • Bonda
  • Khamis, 24 Jul 2025

Kerjaya pramugari bukan sekadar mementingkan penampilan, malah ketahanan mental dan emosi ketika bekerja. — Gambar hiasan

DI sebalik senyuman manis dan seragam kemas yang dikenakan, kerjaya sebagai pramugari bukanlah sekadar bergantung pada rupa paras atau penampilan menarik.

Sebaliknya, profesion itu menuntut ketahanan emosi, disiplin tinggi dan keupayaan untuk bekerja dalam tekanan.

Realiti itu juga dikongsikan seorang pengguna akaun Threads @yanaharniza yang melihat anaknya bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan di Dubai.

BACA LAGI: Pasang niat tunai haji cetus 'big why' isteri tentera, jual agar-agar santan kreatif dari rumah

BACA LAGI: Mesin 'legend' arwah ayah jadi sumber semangat graduan UKM hasilkan bantal sensori bayi

Jauh merantau meninggalkan keluarga demi mengejar cita-cita, anaknya yang baru berusia 21 tahun itu juga membuktikan bahawa kejayaan dalam bidang ini menuntut lebih daripada sekadar impian.

"Ramai orang ingat nak jadi pramugari ini cukup sekadar cantik, silap besar.

"Anak saya sendiri selalu cakap, mental kena betul-betul kuat. Kena marah, kena maki, tekanan dari senior semua itu sebahagian daripada kerja.

"Memanglah nampak seronok dapat melancong seluruh negara, tidur hotel terbaik, gaji pun boleh tahan.

"Tetapi, kerja ini perlukan ketahanan emosi, disiplin tinggi dan kesungguhan untuk belajar perkara baharu.

"Perhubungan awam perlu tinggi, adab jaga dan paling penting hati mesti ada empati," tulisnya.

Baginya, bekerja dalam industri penerbangan tidaklah sentiasa indah seperti yang disangka.

"Pada saya mudah saja, kalau sudah memilih jalan ini, biarlah buat sampai habis.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram