Pasaran kecantikan makin 'meledak', 3 cara ceburi industri penjagaan diri pada kos minimum, tanpa stok


  • Sukses
  • Khamis, 24 Jul 2025

Trend seperti 'clean beauty', personalisasi produk dan e-dagang mengukuhkan kedudukan pasaran kecantikan dan penjagaan diri sehingga kumpulan pencipta kandungan turut minat untuk meniaga.

INDUSTRI penjagaan diri dan kecantikan kini mencatat pertumbuhan luar biasa, menjadikannya antara peluang perniagaan paling menguntungkan untuk diceburi dalam tempoh 2024 hingga 2025. 

Berdasarkan laporan dikeluarkan portal data dan penyelidikan pasaran dalam talian, Statista, pasaran antarabangsa bagi kecantikan dan penjagaan diri dijangka mencapai sekitar AS$677 bilion (kira-kira RM3.18 trilion) pada 2025, pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sekitar 3.37 peratus antara 2025 hingga 2030. 

Pertumbuhan itu dipacu oleh pengguna yang semakin celik tentang kepentingan kesejahteraan, kosmetik semula jadi dan penggunaan produk telus serta bertanggungjawab.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Badass' di gelanggang, penyayang di rumah, peninju wanita Singapura mahu tawan dunia, lawan stereotaip jantina Asia

BACA LAGI: VIDEO] Jualan cecah 50,000 botol sebulan, pengasas Beauboss Perfume tak main 'cheat code'

Trend seperti clean beauty, personalisasi produk dan e-dagang telah mengukuhkan kedudukan pasaran berkenaan.

Di Amerika Syarikat (AS), pasaran itu dijangka menjana AS$67.7 bilion (kira-kira RM286 bilion) pada 2025, dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 5.98 peratus (2025 hingga 2029). 

Trend seperti clean beauty, personalisasi produk dan e-dagang mengukuhkan kedudukan pasaran berkenaan.

Sementara itu di Malaysia, pendapatan pasaran penjagaan diri dan kecantikan diramalkan mencapai AS$3.4 bilion (kira-kira RM14 bilion) pada 2025, dengan pertumbuhan tahunan sekitar 3.56 peratus dalam tempoh 2025 hingga 2030. 

Permintaan terhadap produk halal, mesra alam dan pelbagai pilihan e-dagang juga semakin meningkat.

Dengan peningkatan ketara dalam perbelanjaan pengguna terhadap produk kecantikan, penjagaan kulit dan rambut, ramai rakyat Malaysia mula melihat sektor tersebut sebagai 'lombong emas' baharu.

Susulan itu, laman Threads hustlecollectiveclub berkongsi tiga kaedah untuk menceburi bidang tersebut tanpa perlu menyimpan stok, sekali gus sesuai buat usahawan baharu atau mereka yang ingin bermula secara kecil-kecilan:

Bagi yang baharu mencuba, menjadi penjual semula produk sedia ada daripada pembekal tempatan adalah pilihan paling mudah dan murah.

1. Guna produk white label jenama sendiri

White Label merujuk pada produk atau perkhidmatan dihasilkan oleh satu syarikat, tetapi dijual di bawah jenama syarikat lain. 

Kaedah tersebut memberi kelebihan dari segi penjenamaan penuh, membolehkan usahawan membina identiti perniagaan sendiri menggunakan produk sedia ada daripada pembekal.

Namun, kekurangannya adalah kos permulaan agak tinggi, yakni mencecah RM3,000 hingga RM10,000 bagi memenuhi kuantiti pesanan minimum (MOQ) dan pembungkusan.

Kategori: Ideal untuk pengasas mempunyai modal dan arah tuju produk yang jelas.

2. Jadi penjual semula produk tempatan

Bagi yang baharu mencuba, menjadi penjual semula produk sedia ada daripada pembekal tempatan adalah pilihan paling mudah dan murah.

Ia memerlukan modal permulaan yang rendah, namun margin keuntungan lebih kecil dan tiada penjenamaan sendiri. 

Tambahan pula, usahawan bergantung sepenuhnya pada bekalan dan sistem pembekal.

Kategori : Ideal buat usahawan sambilan atau mereka sedang meneroka kebolehlaksanaan dan potensi sesuatu idea perniagaan sampingan.

3. Guna kontrak produk berjenama 

Model Hybrid Contract Channel (HCC) semakin mendapat perhatian. Ia membolehkan usahawan menjual produk daripada jenama terkenal tanpa perlu menyimpan stok atau mengurus penghantaran.

Keuntungan? Margin tinggi antara RM40 hingga RM60 setiap pesanan, gambar produk dan bahan pemasaran turut disediakan. Paling penting, kepercayaan pengguna terhadap jenama sedia ada sudah terbina.

Kategori: Ideal untuk pencipta kandungan kecil atau penjual baharu mahu menjana pendapatan sebenar dan membina kehadiran jenama jangka panjang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram