[VIDEO] Pilu hati ibu saksi anak kaku tak bernyawa akibat lemas jatuh parit di Shah Alam


  • Bonda
  • Sabtu, 19 Jul 2025

Tangkap layar video memaparkan ibu seorang daripada mangsa (baju ungu) di lokasi kejadian pada Jumaat.

HANCUR hati seorang ibu apabila melihat anaknya yang tidak bernyawa selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah parit berhampiran Jalan Cili Merah 24/26, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, seorang wanita berbaju ungu dipercayai ibu kepada seorang daripada mangsa pergi ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman.

Dalam video sama, kelihatan wanita tersebut dalam keadaan lemah ditemani beberapa anggota bomba sebelum melepaskan tangis apabila melihat wajah anaknya.

BACA LAGI: Tahu sikap sebenar lepas kahwin, kaunseling bantu pasangan tangani krisis rumah tangga — Polis

BACA LAGI: Kisah pelanggan jadi pemangkin semangat, MyPetani tawar 10 variasi gubahan buah jadi hadiah istimewa buat insan tersayang

Kedengaran juga suaranya meraung sambil memeluk jenazah anaknya yang terbaring kaku di atas tanah. 

Sebelum ini, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan dua mangsa dikenali sebagai Che Syazwan Irwan Shah, 12, dan Arshidayan Arijanto, 9, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pihaknya juga menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada pukul 7.19 malam pada Jumaat.

Katanya, kedua-dua mangsa berjaya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram