Tahu sikap sebenar lepas kahwin, kaunseling bantu pasangan tangani krisis rumah tangga — Polis


  • Cinta
  • Sabtu, 19 Jul 2025

Kaunseling dapat membantu pasangan menangani krisis rumah tangga. — Gambar hiasan

SESI kaunseling praperkahwinan boleh membantu menangani isu seperti keganasan rumah tangga serta mengurangkan krisis dinamik.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Kanan, Siti Kamsiah Hassan mencadangkan agar kaunseling rumah tangga akan dilaksanakan dalam beberapa fasa sehingga pasangan mencapai kestabilan.

Beliau berkata,pihak polis turut menyokong sepenuhnya cadangan yang memerlukan pasangan menjalani kursus praperkahwinan.

BACA LAGI: Kisah pelanggan jadi pemangkin semangat, MyPetani tawar 10 variasi gubahan buah jadi hadiah istimewa buat insan tersayang

BACA LAGI: Dari mahkamah ke mesin jahit, bekas pegawai syariah kini pengasas AsyiQmuslim, tawar pakaian riadah multifungsi

Siti Kamsiah menyarankan agar kaunseling rumah tangga diberikan kepada pasangan suami isteri pada awal fasa perkahwinan. — The Star

"Ada keperluan untuk memahami undang-undang dan hak pasangan serta bercakap tentang kewangan sejak awal.

"Daripada pemerhatian kami, ada juga keperluan untuk semak dan imbang selepas perkahwinan, mungkin dua atau tiga tahun ke hadapan kerana semua tanggungjawab tambahan, terutama dengan anak.

"ni kerana anda hanya mengetahui sikap sebenar seseorang selepas berkahwin, jadi bimbingan atau kaunseling berterusan sehingga perkahwinan stabil akan membantu," katanya.

Siti Kamsiah berkata, ia juga boleh dikendalikan oleh sebuah agensi bagi membantu pasangan suami isteri mengeratkan ikatan kekeluargaan semasa mereka berdepan dengan ujian.

Katanya, keganasan rumah tangga kebiasaannya bukanlah perkara yang tiba-tiba dan mewujudkan kesedaran awal tentangnya adalah penting.

Beliau berkata, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk mencegah dan menyediakan sumber buat mangsa mendapatkan bantuan daripada sudut dan peluang pekerjaan.

"Sekiranya mangsa sedar tentang hak mereka pada peringkat awal, mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan perubatan.

"Advokasi dan kesedaran tidak boleh hanya di zahirkan kerana ramai mangsa tidak tahu ke mana hendak pergi selepas membuat laporan berikutan kebergantungan kepada pelaku terutamanya dari segi kewangan.

"Ada keperluan untuk usaha bersepadu oleh kerajaan, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi hasil yang lebih holistik untuk mangsa," jelasnya.

Siti Kamsiah sebelum ini mendedahkan punca utama keganasan rumah tangga termasuk persilisihan faham dengan 30.8 peratus kes pada 2024, diikuti dengan emosi 19.41 peratus, kekangan kewangan 11.59 peratus dan dadah 11.59 peratus.

Beliau bagaimanapun berkata, hampir 70 peratus kes keganasan rumah tangga boleh dikesan menerusi faktor ekonomi.

Pada Rabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, sebanyak 2,467 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga April 2025.

Menurutnya, kajian menunjukkan bahawa suri rumah adalah golongan terbesar yang menjadi mangsa.

Justeru, mereka yang mencari bantuan atau mengenal pasti mangsa keganasan rumah tangga boleh menghubungi pihak polis atau Talian Kasih di 15999, WhatsApp (019-251 5999). — The Star/FAZLEENA AZIZ

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram