'Latih bangun 4 pagi, fokus masa kunyah makanan', pelakon 3 Idiots dedah cara disiplin anak jadi atlet renang profesional


  • Bonda
  • Jumaat, 18 Jul 2025

R Madhavan (kanan) dan mendedahkan rutin harian Veedant (kiri) yang berdisiplin ketika di rumah. — Agensi

PELAKON Bollywood, R Madhavan yang terkenal menerusi beberapa filem seperti 3 Idiots berkongsi tentang pencapaian anak lelakinya.

Dalam satu temu bual bersama majalah antarabangsa, anak lelakinya, Vedaant Madhavan, 19, merupakan perenang profesional.

Madhavan juga mendedahkan rutin harian Vedaant yang sangat berdisiplin serta memberi inspirasi kepadanya.

BACA LAGI: Kurang puji, kerap perlekeh keputusan antara perkara isteri buat tanpa sedar hingga suami rasa diri gagal

BACA LAGI: Dari mahkamah ke mesin jahit, bekas pegawai syariah kini pengasas AsyiQmuslim, tawar pakaian riadah multifungsi

Veedant merupakan atlet renang gaya bebas India. — Agensi

"Sebagai perenang profesional, hari Vedaant bermula seawal pukul 4 pagi dan berakhir pada 8 malam.

"Itu adalah waktu paling mencabar bukan sahaja baginya, tetapi untuk kami sebagai ibu bapa," katanya.

Tambahnya, waktu awal pagi yang dikenali sebagai brahma muhurta dalam istilah rakyat India merupakan tempoh paling sesuai untuk memulakan hari.

"Tinggi badannya enam kaki kira-kira tiga inci, dengan tubuh atlet renang, dia mengamalkan gaya hidup yang sangat teratur.

"Bahkan, makan pun adalah satu bentuk latihan dan senaman buatnya. Dia perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada cara mengunyah, seimbangkan makanan dan sebagainya," jelasnya.

Katanya lagi, rutin itu sememangnya jauh berbeza dengan keperibadiannya yang lebih santai dan tidak berdisiplin.

Madhavan berkata, kanak-kanak generasi kini sangat peka disebabkan pendedahan media sosial.

"Sejak Vedaant berumur lima tahun, saya sudah berkomunikasi dengannya seperti bercakap dengan orang dewasa.

"Saya ambil serius pendapatnya. Apa yang kita boleh buat adalah berkongsi pengalaman dan pastikan persekitaran mereka selamat.

"Yang paling penting, rumah mesti jadi tempat di mana mereka boleh jadi diri sendiri tanpa dihakimi," ujarnya.

Madhavan pada masa sama berharap untuk kekal dekat dalam kehidupan anaknya dan menjadi datuk yang disayangi.

"Kami mungkin tak bercakap setiap hari atau sering ucap ‘saya sayang awak', tetapi, bila dia perlukan penyelesaian atau mahu bincang sesuatu, sayalah orang pertama yang dia cari," ucapnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram