
PERSONALITI perubatan, Dr. Say Shazril mendedahkan bahawa dirinya pernah memenuhi kriteria lelaki red flag sebelum berkahwin.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Dr. Say turut berkongsi kisah dan perjalanan hubungan percintaannya bersama isteri tercinta, Dr. Azura Abas yang bermula sejak zaman universiti pada 2009.
Katanya, hampir kesemua ciri red flag ada pada dirinya sepanjang empat tahun tempoh percintaan mereka.
BACA LAGI: 'Sama-sama muhasabah diri', Dr Azura ulas isu pakaian di pertandingan sukan Hyrox
"Kalau tanya saya dan Dr. Azura 16 tahun lepas masa kami bercinta pada 2009 sampai 2014, pernah tak kami fikir bagaimana kehidupan kita, terus terang saya cakap kami tak pernah fikir tentangnya.
"Kalau wujud terma lelaki red flag masa itu, rasanya saya memenuhi semua kriteria.
"Saya kuat cemburu dengan dia, kuat merajuk, kiasu lebih-lebih lagi apabila belajar.
"Kadangkala saya bangun awal tak mesej dia sebab nak pulun lebih, saya berkira duit, semua wajib 50/50 dan banyak lagi," tulisnya.
Menurutnya, semua sikap tersebut berjaya ditangani seiring waktu berjalan terutama selepas menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
Katanya, tempoh perkenalan yang lama dengan Dr. Azura secara tidak langsung membantu mengenali lebih dalam tentang kelemahan dan kelebihan pasangan.
"Bagi saya, bercinta lama-lama inilah masanya nak mengenali seseorang itu tersangat dalam.
"Tetapi kenapa Dr. Azura masih bertahan walaupun saya red flag? perlu tanya dia.
"Tetapi, semua orang ada kelemahan masing-masing dan ketika bercintalah nak tengok sejauh mana ia pergi atau sampai ke tahap fizikal dan sebagainya," jelasnya.
Meskipun keluarganya mungkin tidak sempurna, namun Dr. Say tetap bersyukur dikurniakan ketidaksempurnaan itu dalam melengkapi kehidupan mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram