
MENTERI Penduduk dan Pembangunan Keluarga atau Ketua Badan Penduduk dan Keluarga Berencana Nasional Republik Indonesia (BKKBN) kini memperkenalkan peraturan baharu yang memfokuskan golongan bapa dalam pengurusan sekolah anak.
Peraturan menerusi program 'Ayah Mendampingi Anak-Anak Pada Hari Pertama Pergerakan Sekolah' itu juga ditetapkan di seluruh Jakarta, Indonesia bermula Isnin.
Ia juga sudah diuar-uarkan dalam pekeliling Surat Edaran Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan BKKBN pada 10 Julai lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Siap boleh 'camping', ibu update perkembangan terbaharu Ainul Mardhiah makin sihat dan ceria
Suasana hari pertama persekolahan rata-rata murid dihantar oleh bapa masing-masing di Jakarta, Indonesia . — Agensi
Langkah tersebut bertujuan untuk menggalakkan penjagaan kanak-kanak yang lebih berkesan.
Penjagaan anak yang berkesan juga memerlukan penglibatan aktif ibu dan bapa.
Namun, ramai kanak-kanak di Indonesia yang membesar tanpa bapa.
Menurut data Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2021, sebanyak 20.9 peratus kanak-kanak kekurangan figura bapa dan Statistik Indonesia (BPS) pada tahun sama menunjukkan hanya 37.17 peratus kanak-kanak berumur di bawah umur lima tahun dijaga oleh kedua ibu bapa.
Justeru, kerajaan menggalakkan pemantapan peranan bapa khususnya dalam keibubapaan bagi memaksimumkan pertumbuhan dan perkembangan anak-anak melalui Gerakan Ayah Teladan Indonesia (GATI) menuju Indonesia Emas.
"Gerakan ini bertujuan memperkasakan peranan bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak sejak kecil.
"Melalui kehadiran bapa pada saat-saat penting ini, terciptalah keakraban emosi yang memberi pengaruh positif terhadap keyakinan diri, keselesaan dan kesediaan anak-anak untuk menjalani proses pembelajaran," menurut pekeliling itu.
Langkah tersebut turut melambangkan peralihan budaya keibubapaan di Indonesia yang lebih kolaboratif dan setara.
Selaras dengan mandat kerajaan untuk membina keluarga berkualiti dan generasi emas, penglibatan bapa dalam pendidikan anak-anak adalah untuk memenuhi keperluan emosi dan juga pelaburan sosial jangka panjang.
Pada masa sama, kerajaan juga menggesa ibu bapa yang bekerja sebagai penjawat awam turut serta melibatkan diri.
Ia termasuk yang sedang jalani pendidikan awal kanak-kanak (PAUD), sekolah rendah, sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah.
Penjawat awam yang menyertai program itu diwajibkan mendaftar kehadiran disertakan dokumen sokongan berupa surat pekeliling pengumuman hari pertama persekolahan atau tangkap layar pengumuman rasmi daripada pihak sekolah.
Mereka kemudiannya dikehendaki kembali ke pejabat selewat-lewatnya pukul 12 malam waktu tempatan dan melaporkan kepada pegawai atasan mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram