Tak perlu berhenti kerja, wanita puaskan minat jadi pemandu pelancong sambilan


  • Bisnes
  • Isnin, 14 Jul 2025

Meredith Pierce (kanan) menawarkan perkhidmatannya secara sambilan. — Agensi

 

 

MENGEMBARA dengan bajet rendah, itulah situasi yang boleh digambarkan tentang kehidupan seorang wanita berasal dari Atlanta, Amerika Syarikat (AS).

Meredith Pierce yang juga bekerja sepenuh masa sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat di negara itu juga menjadikan hobinya sebagai sumber pendapatan tambahan.

Baginya, mengembara ke negara lain bukan sekadar memuaskan nafsu, tetapi membina jaringan komuniti lebih luas.

BACA LAGI: [VIDEO] Bakat seni daun anak Kedah pikat hati orang Brunei, Singapura

BACA LAGI: Dapur sempit jadi luas, ini 4 warna tak sakit mata, nampak lebih mewah

Meredith Pierce menawarkan perkhidmatan pelancongan bersama pengembara solo. — Agensi

Justeru, Pierce memilih untuk menawarkan perkhidmatan menguruskan perjalanan berkumpulan khusus buat pengembara solo terutama golongan wanita secara sambilan.

"Saya memang suka melancong dan memuat naik video di media sosial.

"Memandangkan saya juga bekerja dalam bidang pemasaran, minat itu datang secara semula jadi.

"Mencipta kandungan juga adalah antara cara untuk saya kembangkan potensi," katanya.

Menurutnya, kandungan dihasilkan Pierce secara tidak langsung memikat hati orang ramai untuk melancong sepertinya.

Kata Pierce, rata-rata warga maya di TikTok berminat untuk mengambilnya sebagai individu yang menguruskan perjalanan sepanjang melancong atau mengembara.

"Ramai mahu mengembara bersama saya ke beberapa tempat yang mungkin agak sukar untuk pengembara solo," katanya.

Tanpa disangka, itulah perkara yang memberi inspirasi kepadanya untuk memulakan perjalanan sebagai pemandu pelancong.

Bermula sejak 2024, Pierce kini sudah membawa pelancong ke Iceland, Afrika Selatan, Colombia, Mesir, India, Maldives dan Antartika.

Katanya, perjalanan biasanya akan mengambil tempoh antara lima hingga 10 hari dan sekirar 12 hingga 20 pelancong dari serata dunia akan menyertainya.

Rata-rata pelancongya merupakan pengembara solo wanita. — Agensi

"Ia bergantung pada jadual perjalanan dan perkara yang saya fikir adalah melakukan perkhidmatan terbaik untuk setiap destinasi.

"Perjalanan secara berkumpulan sangat bagus untuk pengembara solo untuk menyesuaikam diri dalam menyesuaikan diri.

"Kebanyakannya berusia 20-an hingga 30-an dari seluruh AS dan Eropah juga.

"Bagi saya, jika anda ingin melancong seorang diri ke suatu tempat di Eropah Barat mungkin tidak memerlukan kumpulan.

"Sebab saya memang fokus kepada pengembara wanita solo yang tidak mahu pergi sendiri,” jelasnya.

Katanya lagi, perjalanan yang diuruskannya juga menelan kos sekitar RM3,800 ($900) hingga RM6,800 ($1,600) tidak termasuk tiket penerbangan mereka.

Walaupun ada yang menjadikan bidang itu sebagai kerjaya tetap, namun dia masih memilih untuk melakukannya sebagai hobi.

Pengembaraan dua hingga tiga kali setahun sudah memadai baginya.

"Ia cukup untuk menampung kos melancong sendiri tanpa tekanan menjadikannya sumber pendapatan utama.

"Apa yang penting, saya sendiri mahu ikut perjalanan itu dan masih cintakan kembara solo," ucapnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram