'Kalau tak boleh urus bakul baju, jangan mimpi nak urus tekanan hidup', biar baju 'menggunung' tak berlipat boleh jejas emosi


  • Bonda
  • Selasa, 15 Jul 2025

Pesanan para ibu untuk sentiasa menguruskan pakaian menjadi simbol kepada tahap tekanan dan emosi. — Gambar hiasan

BEBELAN seorang ibu kadangkala kedengaran seperti omelan kecil yang sering kali kita abaikan.

Namun, di sebalik nada suara yang tegas itu sebenarnya tersembunyi pesanan ringkas dalam menguruskan kehidupan seharian.

Menguruskan pakaian atau melipat baju mungkin terlihat remeh, tetapi tanpa disangka ia menjadi simbol keperibadian diri.

BACA LAGI: [VIDEO] Siap boleh 'camping', ibu update perkembangan terbaharu Ainul Mardhiah makin sihat dan ceria

BACA LAGI: Tak perlu berhenti kerja, wanita puaskan minat jadi pemandu pelancong sambilan

Bakul yang penuh dengan pakaian boleh menunjukkan emosi yang tidak stabil. — Gambar hiasan

Menerusi perkongsian warga maya di Threads @borakviral, ia juga mampu memberi cerminan kepada emosi seseorang individu.

"Ibu mentua ajar, kalau tak boleh urus bakul baju, jangan mimpi nak urus tekanan hidup.

"Mula-mula aku anggap dia berlebih-lebih, tetapi bila bakul semakin penuh, aku sedar ia bukan sekadar kain.

"Bakul jadi saksi emosi aku. Hari tertekan baju dalam bakul, hari sedih baju tak lipat, hari kecewa, baju dah basuh tetapi tak angkat, hari malas baju pindah bakul bukan almari.

"Aku mula perasan, bila bakul penuh, kepala aku pun penuh," katanya.

Menurutnya, bakul yang dipenuhi baju tidak berlipat disifatkan sebagai mental load.

Semakin ditangguh, ia semakin besar.

"Sampai satu tahap, kau tengok sahaja, tetapi tak tahu nak mula dari mana.

"Sejak itu aku buat jadual lipat sedikit hari-hari, bukan tunggu satu gunung. Guna sabun yang buat aku seronok mencuci.

"Pasang lagu atau surah masa urus pakaian. Beli bakul ikut warna, biar tak rasa semak pandangan.

"Bakul kosong, emosi pun jadi stabil," ujarnya.

Kata-kata itu sekali gus memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kesejahteraan emosi melalui cara pengurusan rumah.

Rutin kecil tersebut secara tidak langsung membantu diri mengawal tekanan dan emosi.

Rata-rata warganet lain turut bersetuju dan berkongsi cara mereka menguruskan pakaian di rumah.

"Cara saya pula baju harian sangkut, baju jarang guna lipat atau senang cerita sangkut sahaja semua baju kalau rasa tak sempat sangat nak lipat.

"Sediakan bakul khas untuk kain-kain yang kecil," komen @sh.asnida. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram