[VIDEO] Siap boleh 'camping', ibu update perkembangan terbaharu Ainul Mardhiah makin sihat dan ceria


  • Bonda
  • Isnin, 14 Jul 2025

Ainul Mardhiah kini dilihat semakin sihat dan ceria ketika melakukan aktiviti perkhemahan di Negeri Sembilan baru-baru ini.

SENANG hati seluruh rakyat Malaysia apabila melihat perkembangan terkini adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang pernah menjalani pembedahan kritikal kerana menghidap ketumbuhan dalam mulut iaitu ‘Germ Cell Tumor’.

Kanak-kanak perempuan yang sudah berusia 7 tahun itu juga kini dilaporkan semakin sihat dalam menjalani kehidupannya.

Menerusi video dikongsikan di Facebook ibunya, Nurul Erwani Zaidi baru-baru ini, Ainul Mardhiah tampak riang dan ceria ketika melakukan aktiviti di luar.

BACA LAGI: Ainul Mardiah kuat betul, memang 'fighter' — Bapa

BACA LAGI: Tak perlu berhenti kerja, wanita puaskan minat jadi pemandu pelancong sambilan

Ainul pada masa sama dilihat mampu bermain dan berlari dengan baik seperti kanak-kanak normal.

"Alhamdulillah dapat bawa Ainul camping (berkhemah) untuk tahun ini (2025) di Marsha & The Bear Campsite (Negeri Sembilan).

"Seronok pemandangan dan kawasan tapak perkhemana di sini. Terima kasih bagi kejutan untuk Ainul dan belanja durian sekali.

"Semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki dan dipemudahkan urusan," tulisnya.

Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin turut memanjatkan syukur atas nikmat kesihatan yang diberikan kepada anaknya sulungnya itu.

"Alhamdulillah, Ainul dan camping. Dunia dia di sini," kongsinya.

Dalam video sama, Ainul kelihatan duduk di dalam khemah kecil yang dipasang di dalam rumah, lengkap dengan lampu hiasan, tikar, dan mainan.

Perkongsian tersebut sekali gus mendapat reaksi positif daripada warga maya yang turut menumpang kegembiraan melihat keadaan Ainul serta mendoakan agar kesihatannya pulih sepenuhnya.

"Adik yang pernah tular suatu ketika dahulu. Dah besar sekarang. Semoga sihat selalu adik," komen Wadie Die.

"Anak yang kuat semangat, cantiknya. Semoga sihat selalu dalam jagaan ALLAH," ucap Hajar Bahaman.

Sebelum ini, Ainul pernah menjalani pembedahan besar di London pada 2019 bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram yang tumbuh di dalam mulutnya sejak lahir.

Pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK), Dr. Amalina Che Bakri adalah individu yang bertanggungjawab membawa Ainul Mardiah serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram