
USAHA program Pusat Wanita Berdaya (PWB) kini giat memperkenalkan produk tempatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor kepada orang ramai.
Antara produk kecil yang mendapat tempat dalam hati penduduk sekitarnya adalah kuah rojak buah.
Produk diasaskan oleh Anida bersama pegawai jualannya, Azien Abu Bakar itu merupakan warisan turun-temurun keluarganya.
BACA LAGI: [VIDEO] Siap boleh 'camping', ibu update perkembangan terbaharu Ainul Mardhiah makin sihat dan ceria
BACA LAGI: Tak perlu berhenti kerja, wanita puaskan minat jadi pemandu pelancong sambilan
Ketelitian dalam memasak kuah rojak menjadi penentu kualiti dan rasanya.
Berkongsi serba sedikit tentang perniagaannya, Azien berkata, resepi tersebut juga tidak diubah, dimasak dan dijual hanya dari rumah.
Katanya, operasi perniagaan kuah rojak itu sudah dijalankan sejak beberapa tahun lalu iaitu sekitar 2018.
"Sebelum Covid-19 saya dah mula jual secara kecil-kecilan dari rumah. Orang tempah baru saya masak," katanya kepada Majoriti.
Katanya, rasa kuah rojak tersebut juga memiliki keistimewaan yang pastinya memikat hati pelanggan.
“Resipi ini arwah tok perempuan (nenek) dari utara yang ajar.
“Kami buat semula tanpa ubah apa-apa. Istimewanya, kalau bakta arwah, pedasnya bukan bukan biasa, pedas melekat di tekak bukan lidah,” katanya sambil tersenyum.
Tambah Azien, proses memasak kuah rojak juga memakan masa kira-kira dua jam untuk memastikan ia pekat.
Bagi memberikan rasa yang padu, kuah rojak itu dimasak dengan campuran bahan seperti cili kering, kicap, gula putih, belacan dan udang kering.
Produk kuah rojaknya hanya dipasarkan secara dalam talian setakat ini.
Katanya lagi, ketelitian dan tempoh masa memasak yang akan menentukan kesedapan kuah rojak.
Meskipun tenaga kerja yang tidak ramai, kuah rojaknya hanya mampu dihasilkan sebanyak lebih 50 bekas dalam sehari.
“Kalau tiga jam dapat 50 bekas, tetapi akan jadi lebih jika buat seharian.
“Kita buat tak banyak pun sebab nak jaga kualiti bagi sentiasa segar dan pastikan terjual habis.
“Sebab kita ada dua jenis bekas, kecil RM6 dan besar RM10,” jelasnya.
Tambahnya, kuah rojaknya boleh bertahan sehingga sebulan sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.
Tampak sederhana, tetapi kuah rojak dengan rasa tradisional itu mampu menambah selera dalam setiap suapan.
Ia juga boleh dinikmati bersama potongan buah campuran dan sayur-sayuran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram