
DAPUR yang luas mungkin dianggap satu bentuk kemewahan dalam dunia hiasan dalaman rumah.
Bagaimanapun, keluasan ruang boleh diubah dalam sekelip mata meskipun anda memiliki dapur kecil atau sempit.
Semuanya bergantung pada pemilihan warna cat sesuai dan tepat untuk menghasilkan ilustrasi ruang yang besar dan luas.
Selain melambangkan kebersihan, warna putih juga membuatkan ruang kecil lebih luas. — Agensi
1. Tona hangat, putih
Seperti kita sedia maklum, putih merupakan antara warna asas yang sering menjadi pilihan para pemilik kediaman.
"Putih hangat dengan sentuhan tona krim sangat sesuai untuk dinding dan siling di dapur kecil.
"Ia akan memantulkan cahaya semula jadi dengan cantik, membantu ruang nampak luas dan boleh dipadankan dengan warna lain," kata seorang pereka dalaman, Jacqueline Goncalve.
Hijau pudar atau 'dusty green' boleh dipadankan dengan putih. — Agensi
2. Hijau pudar
Hijau pudar dan mempunyai sedikit sentuhan kelabu sering dianggap sebagai warna hijau yang lebih lembut, tenang dan elegan berbanding hijau terang.
Menurut seorang pereka, Saab, warna tersebut menonjolkan nilai kesederhanaan.
"Ia juga kurang melantunkan cahaya. Kelembutan warnanya pada masa sama membuatkan ruang lebih banyak udara.
"Cat itu boleh juga dipadankan dengan putih hangat dan rona kayu tanah di dapur yang kecil.
"Saya suka warna ini untuk kabinet, tetapi ia bagus pada dinding dapur dengan kabinet warna kayu (coklat)," katanya.
Sentuhan biru lembut yang memberi kontra warna menenangkan. — Agensi
3. Biru muda
Bagi pereka, Karen Germond pula menyifatkan biru muda boleh menjadi antara warna kontra untuk menghasilkan ruang dapur lebih luas.
"Menggabungkan biru dan putih, terutama dapur lebih kecil mencipta kontra lembut dan menyenangkan yang tidak terlalu menyerlah," katanya.
Menurutnya, biru adalah pilihan terbaik untuk kabinet dan dinding putih.
Gabungan tiga tona warna yang sesuai untuk ruang kecil. — Agensi
4. Tona cendawan, kelabu
Bagi sesetengah pereka, tona cendawan yang mempunyai warna perang atau coklat cair dengan gabungan putih dan kelabu sesuai untuk ruang kecil.
"Secara peribadi, gabungan warna terang dan gelap ini tidak akan mengganggu penglihatan dan memperdaya otak untuk melihat lebih banyak volum.
"Jika dapur kecil anda mengandungi sebarang ciri-ciri kayu di lantai atau kabinet, boleh cuba gabungkan kelabu dengan tona cool pada dinding dan ditutup dengan putih berkrim," jelasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram