
DALAM dunia yang semakin mencabar hari ini, sedikit penghargaan dan kata-kata positif mampu memberi impak besar terhadap motivasi serta masa depan generasi muda.
Itulah yang cuba disampaikan oleh personaliti media sosial dan usahawan tersohor, Ng Yee Sheng atau lebih dikenali sebagai Boss James yang turun padang meraikan pelajar-pelajar cemerlang di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman Bukit Cherakah, Meru, Klang, Selangor baru-baru ini.
Dalam satu majlis penghargaan ringkas diadakan, Boss James tampil bukan sekadar sebagai tetamu, tetapi sebagai figura inspirasi yang membawa semangat, sokongan menerusi kata-kata yang menyentuh jiwa.
BACA LAGI: Isteri ambil perhatian! Suami kerap sakit belakang antara tanda-tanda kanser prostat — Pakar
BACA LAGI: Kehidupan lebih diberkati, mulakan hari dengan ALLAH berbanding media sosial
"Kenapa orang lain berjaya tapi kita tak berjaya, bukan sebab kita tak bijak, tapi kurang pengalaman.
"Adik-adik sekalian, kejayaan hari ini adalah penyuntik semangat untuk mengorak langkah lebih besar di masa hadapan," ujarnya pada hantaran tersebut.
Pelajar-pelajar yang menerima anugerah bukan sahaja dihargai dengan sijil dan hadiah, malah turut diraikan dengan kehadiran ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang serta dorongan buat mereka.
Turut menitip ucapan terima kasih pada warga pendidik di sekolah berkenaan, Boss James menyifatkan kesemua pelajar terbabit sebagai permata negara yang perlu dijaga demi melahirkan generasi cemerlang.
"Terima kasih guru semua tak lelah didik generasi muda untuk menjadi permata negara, mesti gembira kan anak didik capai kejayaan," katanya ringkas.
Senyuman turut terukir pada wajah para pelajar, ibu bapa dan guru-guru yang hadir pada majlis tersebut.
Kehadiran individu seperti Boss James menjadi bukti bahawa masyarakat di luar sana menghargai usaha dan pencapaian pelajar-pelajar walaupun tidak disiarkan secara meluas di media arus perdana.
Dalam pada itu, Boss James bukan hanya dikenali sebagai seorang usahawan, tetapi juga sebagai penceramah motivasi sering diundang ke sekolah, kolej dan majlis komuniti untuk menyuntik semangat dalam kalangan pelajar serta belia negara.
Sentiasa merendah diri dan mudah didekati, graduan Ijazah Sarjana Pemasaran di University of Nebraska‑Lincoln, Amerika Syarikat itu gemar berkongsi kegagalan dan cabaran silam sebagai bukti bahawa kejayaan mampu dicapai sesiapa sahaja. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram