
'KALAU kamu mulakan hari kamu dengan ALLAH, ALLAH akan letakkan keberkatan dalam setiap minit yang kamu lalui'.
Rangkap ayat itu menjadi renungan dan iktibar seorang wanita, @nabilahashim53 yang mengalami perubahan drastik dalam hidupnya usai mengamalkan perkara tersebut.
Berkongsi pengalaman peribadinya menerusi platform Threads, dirinya terasa lebih tenang dan terhindar daripada sebarang hal negatif selepas sentiasa mengutamakan ibadah dan hubungan dengan Tuhan.
BACA LAGI: Isteri ambil perhatian! Suami kerap sakit belakang antara tanda-tanda kanser prostat — Pakar
"Dulu aku bangun pagi macam orang biasa ambil telefon, buka WhatsApp, semak Instagram dan sebelum pukul 9 pagi, hati aku dah penat.
"Namun segalanya berubah selepas mendengar satu ceramah oleh pendakwah terkenal, Mufti Menk yang menyebut 'Kalau kamu mulakan hari kamu dengan ALLAH, ALLAH akan letakkan keberkatan dalam setiap minit yang kamu lalui. Let Him be the first before the world pulls you apart'," kongsinya.
Tersentak dengan kata-kata itu, ia nyata meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya selepas mencuba pendekatan berbeza keesokan harinya.
"Aku duduk, diam dan aku cakap dalam hati Ya ALLAH, hari ini aku serahkan pada-Mu. Apa pun jadi, aku nak Kau dulu."
"Aku ambil wuduk, solat Subuh perlahan-lahan lepas tu aku duduk sekejap aku zikir, baca doa ringkas, bukan hafal pun cuma jujur
"Hari tU rasa lain. Aku bukan jadi sempurna, Tapi aku jadi sedar, sedar bila aku nak marah, sedar bila hati mula goyah, sedar bila ALLAH hadirkan ketenangan walau aku tengah dalam ribut," katanya.
Menurutnya, perubahan kecil itu mengubah cara dia menghadapi cabaran harian dengan lebih tenang, bersyukur dan sentiasa sedar akan kehadiran Tuhan walaupun berada dalam tekanan.
Dalam masa sama, wanita tersebut turut mengingatkan bahawa keberkatan hidup bukan sekadar diukur melalui kekayaan material, tetapi juga melalui ketenangan hati dan kelapangan jiwa yang datang daripada hubungan yang kukuh dengan Tuhan.
Perkongsian itu ditutup dengan satu lagi petikan dari Mufti Menk yang menyentuh jiwa:
'The most powerful way to begin your day is with the One who gave it to you'.
Mencuri tumpuan warganet, rata-ratanya turut menyuarakan hasrat untuk mengamalkan rutin serupa sebagai salah satu kaedah serta pendekatan terbaik untuk memulakan setiap pagi dengan keberkatan yang diredhai ALLAH. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram