
TINDAKAN kecil pasangan mungkin memberi makna yang besar serta mampu mencipta momen-momen indah dalam sesebuah hubungan.
Berdasarkan hantaran seorang pendengar radio baru-baru ini, perkara tersebut turut mewujudkan rasa kasih dan sayang kepada pasangan.
Pengguna akaun Threads @themelindaaa pada masa sama berkongsi luahan daripada seorang pemanggil wanita.
BACA LAGI: Cadangan Selangor beku aset, tahan pendapatan suami culas bayar nafkah dianggap 'valid', wajar
Setiap pasangan mempunyai cara tersendiri dalam menzahirkan kasih sayang dan menjaga hubungan. — Gambar hiasan
Menurut pemanggil tersebut, suaminya akan memanaskan enjin dan membersihkan cermin sisi keretanya sebelum bergerak ke tempat kerja.
"Isteri tinggal masuk kereta dan jalan. Walaupun nampak mudah, isteri dia kata, kalau suami outstation akan rasa kehilangan dan kalut nak pergi kerja.
"Tindakan kecil, tetapi sangat beri impak," tulisnya.
Perkongsian itu turut mendapat reaksi positif daripada rata-rata warganet lain yang turut bersetuju bahawa perhatian terhadap perkara kecil dalam kehidupan seharian mampu memupuk bait cinta dalam hidup berumah tangga.
"Suami saya pun akan buat perkara sama, masukkan semua beg tangan dan beg sekolah anak-anak. Kita hanya masuk kereta, salam dan jalan," komen @wanna_abdullah88.
"Suami saya pula akan caj bateri telefon saya setiap malam sebelum tidur.
"Tetapi, kalau dia kerja malam, esoknya telefon saya tak ada bateri. Perkara kecil yang bagi impak pada saya kalau dia tak ada," tambah @amal_munirah.
"Suami saya sentiasa isi minyak kereta. Dah 12 tahun kerja tak pernah pergi stesen minyak.
"Awalnya sebab mengandung, tetapi sampai anak dah besar sekolah menengah pun dia masih isikan," kongsi @zuridah_08.
Ia sekali gus membuktikan bahawa kasih sayang tidak semestinya diluahkan dengan kata-kata atau hadiah mewah, tetapi cukup dengan keprihatinan dan konsistensi terhadap pasangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram