Panggil puan salah, kakak pun salah, peniaga warung dilabel tiada adab


  • Maya
  • Rabu, 09 Jul 2025

Panggilan kakak atau puan mungkin menjadi sensitiviti bagi sesetengah individu. — Gambar hiasan/AI

NIAT murni peniaga sebuah warung menyapa pelanggannya bertukar menjadi insiden tegang apabila seorang wanita bertindak menegur cara sapaannya sebagai tidak beradab.

Menerusi perkongsian daripada pengguna akaun Threads @crystalbennick, insiden tersebut berlaku ketika pelanggan terbabit sedang memesan makanannya.

Menurutnya, wanita tersebut berang apabila disapa dengan panggilan 'kakak' oleh pekerja kedai.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu bapa bertanggungjawab biarkan anak obes, kalau sayang takkan biarkan anak makan apa sahaja

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Sejuk perut ibu mengandung’, pelajar tahfiz tak lepas al-Quran walau atas motor cetus inspirasi

"Tiba-tiba mak cik ini cakap 'adik, bila awak kerja warung tepi jalan adab kena buang ke.

"Bila berurusan, kalau tidak pasti puan atau cik, panggil sahaja puan.

"Bila mak awak beranakkan saya?' pekerja itu angguk dan teruskan tanya nak lauk apa," tulisnya.

Lebih menegangkan apabila pelanggan terlibat bertindak meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada pengguna tersebut yang ketika itu berada di belakangnya.

"Dia toleh pada saya dan cakap 'tengok budak-budak sekarang. Dah buat salah, maaf tak ada, panggil kita kakak macam kita ini keluarga dia. Kurang ajar'.

"Awalnya saya buat tak endah, tetapi dia sentuh saya dan cakap 'rosak negara sebab budak-budak ini'.

"Dia tambah 'kalau pun tak nak tanya kita dah kahwin atau belum, boleh sahaja panggil puan bukan kakak'," ceritanya.

Perkongsian itu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi warga maya terhadap situasi dan sesensitiviti dalam penggunaan panggilan pada individu tidak dikenali.

"Kakak menunjukkan dia hormat, puan pula patut digunakan dalam komunikasi formal," komen @besut_editor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram