
PERTALIAN darah dan kasih sayang antara ibu dan anak tidak pernah terputus meskipun dipisahkan jarak dan masa.
Itulah situasi dilalui seorang lelaki warga Indonesia yang menjejaki ibu kandungnya selepas terpisah 23 tahun.
Kisah menyentuh hati itu juga sempat dikongsikan di akaun Facebook Info Probolinggo.
BACA LAGI: Cadangan Selangor beku aset, tahan pendapatan suami culas bayar nafkah dianggap 'valid', wajar
BACA LAGI: Panggil puan salah, kakak pun salah, peniaga warung dilabel tiada adab
— Composey_ (@Aadellee_) July 7, 2025
Menerusi video tular sejak Rabu, perjalanan hidupnya tidak mudah kerana lelaki tersebut terpaksa berpisah dengan ibunya sejak usia tujuh bulan.
Selepas bercerai, bapanya membawa beliau dan abang, sekali gus tidak pernah dibenarkan untuk berhubung atau berjumpa dengan ibu tercinta.
Rasa rindu yang tiba-tiba timbul juga membuatkan lelaki berkenaan nekad mencari ibunya.
"Saya tidak tahu kenapa amat merindui sosok ibu, jadi saya ambil keputusan mencarinya di Facebook Info Probolinggo dan berjaya menemui alamatnya," katanya.
Pertemuan yang ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan, lelaki tersebut dilihat berlari memeluk erat ibunya sambil menangis teresak-esak.
"Perasaan saya bercampur baur, sedih bersyukur kerana ALLAH mempertemukan saya dengan ibu kandung saya," ucapnya syukur.
Kisahnya turut menyentuh hati ramai pengguna media sosial yang sebak melihat pertemuan ibu dan anak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram