
TINDAKAN seorang kanak-kanak lelaki yang tekun membaca al-Quran ketika menaiki motosikal bersama bapanya baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tular di media sosial sejak Selasa, kanak-kanak lengkap berpakaian seperti pelajar tahfiz itu dilihat tenang membonceng sambil mulutnya tidak berhenti mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.
Situasi itu juga sempat dirakam ketika motosikalnya sedang berhenti di lampu isyarat merah.
BACA LAGI: [VIDEO] Dari plastik terbuang ke beg unik, wanita Meru bijak kaut untung hanya gunakan kreativiti
Rakaman pendek tersebut secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi positif warga maya yang rata-ratanya memuji kesungguhan pelajar terbabit.
"Allahuakbar, bagusnya adik ini atas motosikal masih lagi membaca surah al-Quran. Semoga menjadi anak yang baik, bertanggungjawab dan soleh.
"Bertuah ibu bapanya yang baik mendidik anak-anak menjadi anak soleh dan solehah," komen Raja Zarida.
"Sejuk perut ibumu anak baik, moga ALLAH permudahkan urusanmu dan berjaya dunia akhirat.
"Ya ALLAH moga anak-anak aku juga menjadi anak solehah dan sentiasa dalam lindungan ALLAH," tambah Rohayati Kosnan.
Amalan pelajar itu pada masa sama memberi inspirasi kepada orang ramai terutama generasi muda untuk sentiasa menuntut ilmu akhirat.
Bagaimanapun, lokasi dan identiti sebenar kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan lagi setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram