Cadangan Selangor beku aset, tahan pendapatan suami culas bayar nafkah dianggap 'valid', wajar


  • Cinta
  • Rabu, 09 Jul 2025

Para suami di Selangor yang culas membayar nafkah terhadap keluarganya bakal dikenakan tindakan tegas. — Gambar hiasan/Freepik AI

KERAJAAN Selangor sedang merangka beberapa mekanisme lebih tegas bagi menangani isu melibatkan golongan suami yang culas membayar nafkah terhadap isteri dan anak-anak.

Sebelum ini, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr. Mohammad Fahmi Ngah dilaporkan memberitahu cadanga tersebut termasuk perintah tahan pendapatan, hiwalah (garnishment order) atau penjualan harta pihak yang ingkar membayar nafkah.

Beliau menyifatkan bahawa pemilihan mekanisme tepat dan efisien oleh pihak yang menuntut nafkah, khususnya bekas isteri atau penjaga anak adalah antara faktor penting dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan perintah nafkah.

BACA LAGI: Jiwa 'nature' pengasas Kansha Life hasilkan 5 variasi minyak kelapa, lilin kitar semula

BACA LAGI: Realiti wanita moden, cabaran ibu bekerjaya jadi ilham pengarang hasilkan karya ke-18

Selangor state EXCO Mohammad Fahmi Ngah.— KK. SHAM/The Star

Dr. Mohammad Fahmi

Sebanyak 1,189 aduan pelanggaran perintah nafkah diterima oleh Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Selangor sejak 2022 hingga 31 Mei lalu.

Menurutnya, kegagalan memilih saluran atau mekanisme sesuai juga boleh menyebabkan kelewatan, kekeliruan dan akhirnya menjejaskan hak penerima nafkah.

Mekanisme berkenaan pada masa sama diperketatkan lagi dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan intitusi kewangan.

Cadangan itu juga dilihat diterima baik oleh rata-rata masyarakat kerana mampu mengurangkan kes melibatkan pembayaran nafkah.

Mengulas lanjut, pengguna akaun Threads @dausdk37, ia merupakan satu tindakan wajar dalam menjaga hak wanita dan kanak-kanak yang terkesan.

"Ramai bekas isteri penat turun naik mahkamah, tapi duit nafkah tetap sangkut berbulan-bulan, sebab itu kerajaan Selangor nak ubah strategi," tulisnya.

Sementara itu, pakar kewangan tersebut menjelaskan secara terperinci tentang proses tiga mekanisme tersebut dilaksanakan.

"Garnishment order ini mahkamah terus arahkan majikan potong gaji suami secara automatik dan duit masuk terus ke akaun bekas isteri.

"Hiwalah atau pemindahan hutang maksudnya kerajaan boleh arahkan mana-mana pihak ketiga yang pegang duit suami, contohnya penyewa rumah atau kontrak projek untuk terus bayar duit tersebut kepada bekas isteri dan anak.

"Jika dua cara tersebut masih tidak cukup nak langsaikan hutang nafkah, kerajaan akan gunakan kaedah ketiga iaitu sita dan jual harta.

"Dengan cara ini, mahkamah boleh rampas aset seperti rumah, kereta atau pelaburan suami dan lelong kemudian hasil jualan terus beri pada bekas isteri dan anak-anak," kongsinya.

Menurutnya, ia bukanlah idea baharu, malah mekanisme itu juga sudah dilakukan oleh kerajaan Singapura bagi menyelesaikan isu sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram