Bukan saja cantik, pemurah pula, Lisa, Scha, JLo, sumbang baju 'preloved' bantu mereka memerlukan


  • Gaya
  • Rabu, 02 Jul 2025

Tiga selebriti wanita ini menyumbang pakaian peribadi sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat. — Instagram selebriti

DUNIA glamor tidak lari daripada kemewahan. Bergelar selebriti, penampilan pastinya perlu dijaga.

Jadi, tidak hairan jika mereka mempunyai koleksi pakaian yang banyak demi tampil bergaya. Namun, tidak semua personaliti mementingkan gaya hidup mewah semata-mata.

Sebaliknya, ada yang menggunakan pengaruh dan kekayaan mereka untuk tujuan lebih mulia dengan membantu mereka yang memerlukan.

BACA LAGI: Elfira Loy titip pesan banyakkan sabar untuk adik baru dirikan rumah tangga

BACA LAGI: Bekas akauntan tinggalkan kerjaya korporat, anak hidap CDH hikmah di sebalik jenama Joey & Mom

Sama ada melalui derma secara senyap atau inisiatif terbuka, sesetengah selebriti wanita memilih untuk mendermakan pakaian peribadi mereka, sekali gus mencerminkan sikap keprihatinan mereka.

Berikut Majoriti senaraikan tiga selebriti wanita yang mengambil pendekatan menyumbang pakaian peribadi buat mereka yang memerlukan:

Meskipun pernah dikritik kerana mengenakan pakaian sama berulang kali, Scha Alyahya tetap memilih untuk mendermakan pakaian peribadi sebagai tanda prihatin. — Instagram/@schaalyahya

1. Scha Alyahya

Pelakon, model dan ikon fesyen tempatan, Scha Alyahya dikenali sebagai seorang yang kerap mendermakan pakaian miliknya kepada mereka yang memerlukan.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan beliau pernah terlibat dalam program pemberian baju raya kepada golongan kurang berkemampuan.

Terbaharu, memetik laporan Kosmo pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya menyatakan bahawa beliau lebih selesa memberi pakaian secara percuma berbanding menjualnya sebagai barangan 'pre-loved'.

Beliau turut mengakui pernah menerima kritikan kerana dilihat mengenakan pakaian yang sama berulang kali, namun jelas menunjukkan komitmennya terhadap pemakaian yang lebih lestari.

2. Lisa Blackpink

Berbeza dengan pendekatan Scha, anggota kumpulan K-Pop Blackpink, Lisa memilih untuk menjual pakaian terpakainya bagi tujuan amal.

Baru-baru ini, beliau menganjurkan acara jualan ‘Welcome to Lisa’s Closet’ di Korea Selatan yang berlangsung sehari di SPACE DOOR, Yongsan-gu, Seoul.

Acara tersebut menawarkan pakaian dan aksesori yang pernah dipakai Lisa, dipilih khas mengikut gaya peribadi dan fasa berbeza dalam kerjayanya.

Semua hasil jualan disumbangkan kepada Good Neighbors, sebuah pertubuhan kemanusiaan antarabangsa yang aktif di lebih 50 buah negara, termasuk Gaza di Palestin.

Lopez menyumbangkan pakaian dan kasut peribadi, termasuk item bernilai tinggi sebagai tanda solidariti terhadap mangsa kebakaran hutan di Los Angeles. — Instagram/@jlo

3. Jennifer Lopez

Penyanyi dan pelakon antarabangsa, Jennifer Lopez bukan sahaja aktif dalam menderma darah, malah turut menzahirkan keprihatinannya terhadap mangsa kebakaran hutan di Los Angeles, California Januari lalu dengan menyumbangkan pakaian peribadi yang dianggap bernilai tinggi.

Antara barangan yang didermakan termasuk hoodie, seluar jeans dan pakaian harian selain beberapa pasang kasut.

Ibu kepada dua orang anak itu menjadikan inisiatif ini sebagai salah satu cara membantu komuniti yang terjejas sambil mengurangkan pembaziran dalam industri fesyen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram