
BENAR kata pepatah air yang dicincang tak akan putus. Begitulah eratnya hubungan antara pelakon dan selebriti popular, Elfira Loy dan adik-beradiknya.
Pesanan yang dititipkan Elfira buat adik perempuannya, Ezlisa Loy yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Ahad lalu jelas menunjukkan keakraban mereka.
Menerusi hantaran terbaharu Instagram Elfira, terdapat beberapa nasihat dan pesan dititpkan khas buat adiknya.
Pesanan yang dititipkan Elfira Loy buat adik tersayang (kanan).
"Sebelum kahwin, saya fikir beri lebih, dapat lebih. Beri sedikit, dapat sedikit.
"Tetapi, cinta perlu persefahaman dan tulus. Cinta sebenar tidak perlu dibandingkan dan dikira.
"Kepada Hafiz dan kakcik (Ezlisa), semoga bahagia dalam perkahwinan. Cuba benda baharu dan sentiasa nikmati perjalanannya," tulisnya.
Sebagai kakak, Elfira juga tidak menutup ruang untuk Ezlisa berkongsi perasaannya meskipun sudah mempunyai keluarga sendiri.
Katanya, Ezlisa juga antara individu yang sentiasa di sisi dalam setiap jatuh dan bangunnya.
"Paling meruntun hati bila lihat Rayyan dan Aria (anak). Sangat sedih terbayang tiada lagi kawan baik mereka.
"Tak boleh lagi masuk bilik bila-bila masa. Saya pasti mereka akan sentiasa rindukan awak (Ezlisa)," tambahnya.
Sementara itu, Ezlisa sah bergelar isteri kepada suaminya, Hafiz Azizi pada usia 29 tahun selepas mengikat tali pertunangan pada 27 April 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram